Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

284) HAK CAJ KAWASAN PARKIR AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri terikat dengan mana-mana perjanjian yang hanya melantik sebuah syarikat untuk mendapat hak menjalankan caj parking di PBT?

    Kerajaan Negeri pada 1 April 1998 telah meluluskan pelaksanaan Sistem Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar Dan Peraga/Pay And Display (P&D) di seluruh negeri Selangor kepada dua (2) syarikat iaitu Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. (SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. (GPSB). Perjanjian kontrak pengurusan tempat letak kereta ditandatangani oleh tiap-tiap PBT dengan syarikat Tiada perjanjian utama dengan Kerajaan Negeri. Tempoh perjanjian konsesi adalah selama dua puluh (20) tahun bermula pada April 1998 dan akan berakhir pada bulan April 2018.

  2. Apakah Kerajaan Negeri terus berdiam diri terhadap kesalahan-kesalahan menyalahgunakan lot-lot parkir kenderaan oleh peniaga-peniaga dan orang persendirian seperti bengkel kenderaan?

    Pihak PBT akan mengambil tindakan mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan-kesalahan menyalahgunakan lot-lot parkir kenderaan oleh peniaga-peniaga dan orang Selain itu, tindakan menunda kereta oleh penguatkuasa turut diambil terhadap pesalah-pesalah  tegar.

Lampiran

Tiada Lampiran.