Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
258) PERUNTUKAN KHAS UNTUK ISU SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagi majlis perbandaran yang mempunyai bebanan jumlah sampah yang tidak mampu ditampung oleh PBT itu sendiri, adakah kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan tambahan mengatasi masalah pengurusan sampah tersebut?
Bagi PBT yang mempunyai masalah peruntukan akibat daripada bebanan jumlah sampah yang tinggi, Kerajaan Negeri bersedia meneliti peruntukan tambahan dalam bentuk pinjaman ataupun geran tertakluk kepada permohonan PBT
-
Bilakah kerajaan mampu mengatasi masalah sampah?
Kerajaan Negeri tidak menetapkan satu tempoh atau sasaran bagi menyelesaikan masalah sampah. Namun Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan serius dalam menangani masalah sampah