Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

247) KEM AMPANG PECAH YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kem tersebut sekarang?

    Kem Bina Semangat masih beroperasi (semenjak tahun 1992 sehingga kini) sebagai Pusat Kegiatan Luar (Outdoor Education) disamping menyediakan pelbagai kemudahan untuk Seminar/Kursus, Teambuilding/Leadership Programme, Kem Motivasi, Majlis Perkahwinan dan lain-lain mengikut keperluan penyewa/pelanggan.

     

    Kem Bina Semangat mempunyai 7 buah blok penginapan (dorm), 15 buah chalet, 1 buah Dewan Besar Tertutup, 4 buah Bilik Seminar di mana ia mampu menampung seramai lebih kurang 300 orang peserta/penyewa dalam satu masa.

     

    Sebagai makluman juga, bekas Tapak Kem Pusat Latihan Khidmat Negara yang berkeluasan lebih kurang 5 ekar telah disewakan kepada Tetuan Alang Sedayu Event Management bermula Ogos 2015 bagi mengurangkan kos operasi Kem Bina Semangat.

  2. Berapakah kos penyelenggaraan kem berbanding pendapatan bersih diperoleh?

     

    Pendapatan & Perbelanjaan Kem Januari sehingga Julai 2015

     

    Bulan Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM) Jumlah
    Januari 17,304.00 45,624.99 –     28320.99
    Februari 92,517.00 44,077.68 48439.32
    Mac 134,215.00 56,474.11 77740.89
    April 110,686.31 45,853.61 64832.70
    Mei 170,257.00 44,754.09 125502.91
    Jun 120,649.73 45,481.00 75168.73
    Julai 8,628.00 42,421.00 –     33793.00
    JUMLAH 654,257.04 324,686.48 329,570.56

     

  3. Berapa banyak syarikat atau NGO yang berjaya berkolaborasi untuk menganjurkan aktiviti sehingg Jun 2015?

    Senarai penyewa Kem Bina Semangat Januari sehingga Julai 2015

     

     

    Bil IPT/Sekolah Badan Kerajaan NGO Syarikat Swasta
    1. Universiti Islam Antarabangsa Majlis Daerah Kuala Selangor Ikatan Guru Malaysia PERNAMA
    2. Management Science University PDRM   Pierose Swiftwater
    3. Universiti Perguruan Sultan

    Idris

    Majlis Bandaraya

    Petaling Jaya

      Hong Leong

    Bank

    4. SM Islam Hira’ Yayasan Pelajaran MARA   Zura Group
    5.  

    SMK Bagan Terap

    Pejabat Daerah Kesihatan

    H/Selangor

      Wira Adventure Consultant
    6.  

    SK Bandar Sg Buaya

    Kementerian Pendidikan Malaysia    

    PERODUA

    7. SMK Bandar Baru Btg Kali Majlis Daerah

    Hulu Selangor

      Inspiration

    Aviation Club

    8. SMK Agama Kuala Lumpur IPD Shah Alam   Ijtihad Academy

    Consultancy

    9. IPG Kampus Ilmu Khas IPD Klang Utara   Pos Malaysia
    10. SRJK (T) Kg. Pandan IPD Kajang   Petroliam

    Nasional Berhad

    11. SMK Batu 8 JKR Hulu

    Selangor

      AE Commerce

    SB

    12. SMK Kepong Baru Agensi Anti Dadah   Yayasan Tenaga Nasional

     

        Kebangsaan    
    13. MRSM Kuala Kubu Bharu Pejabat Kesihatan

    Lembah Pantai

      Ilham Insan

    Resource

    14.   Majlis Perbandaran

    Teluk Intan

       
    15.   SUK Selangor    

     

Lampiran

Tiada Lampiran.