Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

241) LALUAN TEROWONG KG. MATANG PAGAR, MUKIM RAWANG, DAERAH GOMBAK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penyelesaian kerajaan terhadap masalah laluan terowong matang pagar yang menjejaskan aktiviti penduduk di beberapa taman-taman perumahan tersebut?

    Bagi penyelesaian dalam jangka masa pendek, pihak Majlis Perbandaran Selayang telah mengarahkan pihak MTD memasang interlocking di terowong menghala ke kuari. Kos bahan binaan akan disumbangkan oleh pihak kuari manakala kos pekerja akan ditanggung oleh pihak

    Bagi penyelesaian jangkamasa panjang pula, pihak MPS mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberikan peruntukan untuk membina jejambat merentasi Lebuhraya PLUS bagi menggantikan terowong.

  2. Apakah ada laluan Alternatif untuk membantu penduduk-penduduk yang terjejas?

    Tiada laluan alternatif bagi pihak penduduk Matang Jaya ke Matang Pagar. Walau bagaimanapun terdapat laluan alternatif kepada lori-lori kuari untuk menggunakan laluan ke Hulu Kuang bagi mengurangkan impak sosial lori kuari melalui jalan Matang Jaya – Matang

Lampiran

Tiada Lampiran.