Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

216) PENGGUNAAN AIR YANG DIRAWAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan memulakan kempen habis-habisan penggunaan air yang dirawat secara berhemah?

    Kerajaan Negeri bercadang untuk menganjurkan satu Program Jelajah Kepenggunaan Selangor bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap pelbagai isu kepenggunaan dalam satu

     

    Pada tahun 2015, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan satu kempen jimat air iaitu salah satu isu kepenggunaan yang perlu diketengahkan. Pelbagai program kesedaran telah dan sedang dilaksanakan diperingkat komuniti untuk memberi kesedaran kepada pengguna beberapa isu berkaitan seperti Kitar Semula Minyak Masak, Kempen Pengurangan penggunaan Beg Plastik, Kempen Fahami GST, Kempen Menabung, Kempen Jimat Air dan Kempen Logo Halal.

     

    Salah satu program yang akan dilancarkan sempena Program Jelajah Kepenggunaan Selangor adalah Program Jom Jimat Air dengan kerjasama pihak Lembaga Urus Air Selangor. Program Jom Jimat Air ini akan diteruskan kempen pelaksanaannya di seluruh Negeri Selangor oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dengan mengedarkan poster dan cenderahati Jimat Air di sekolah-sekolah bagi memastikan keberkesanan dari peringkat masyarakat.

     

    Pada ketika ini, pelaksanaan kempen jimat air ini sedang diselaraskan semula melibatkan semua agensi Kerajaan. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi mendapatkan maklum balas dari agensi kaedah kempen yang lebih berkesan untuk menimbulkan kesedaran kepada pengguna. Pelancaran kempen akan diadakan pada bulan November akan datang.

  2. Apakah program penjimatan penggunaan air yang akan dilaksanakan?

    Penggunaan domestik bagi Negeri Selangor dianggarkan sebanyak 250 liter/orang/hari. Sekiranya jumlah ini dapat diturunkan sebanyak 20%, ia boleh menyumbang kepada penjimatan yang dianggarkan sebanyak 850 JLH pada tahun 2020 daripada jumlah permintaan air sedia ada. Salah satu langkah drastik yang boleh dilaksanakan ke arah mencapai pengurangan penggunaan air ini adalah dengan kaedah pengenaan surcaj. Kerajaan Negeri masih memperhalusi pelaksanaan surcaj

     

    Selain langkah mengenakan surcaj, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menekankan pelaksanaan “water demand management” dan menggalakkan pengguna melaksanakan pemasangan alat-alat penjimatan air (Water Saving Devices (WSD)) yang dapat mengurangkan penggunaan air secara automatik. WSD adalah termasuk sistem penjimatan pancuran air (heads, handsets dan sistem kawalan), peralatan paip (heads, sinki, bibs and mixers) dan sistem tandas (sistem dwi-siram, tangki curahan dan bidet) serta mesin basuh dan mesin membasuh pinggan.

Lampiran

Tiada Lampiran.