Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

211) SUNGAI BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencemaran Sungai Bernam?

     

    Pada masa ini tiada isu pencemaran yang kritikal di Sungai Bernam. Isu pencemaran yang pernah berlaku seperti kehadiran minyak dipermukaan air telah dapat dikawal bersama – sama agensi –agensi lain yang melibatkan Negeri Selangor dan Perak. Pihak LUAS telah membuat perancangan untuk mengadakan satu bengkel yang akan membincangkan berkaitan tadbir urus Lembangan Sungai Bernam termasuk isu – isu pencemaran di Sungai Bernam tersebut. Bengkel ini akan melibatkan agensi – agensi yang berkaitan di dalam Negeri Selangor dan Perak memandangkan Lembangan ini dikongsi oleh dua negeri tersebut. Bengkel ini akan dijalankan pada tahun ini yang akan dianjurkan sersama oleh pihak LUAS dengan kerjasama UPEN

     

    – Maklumat/Jawapan daripada JAS Selangor –

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor tidak memantau kualiti air Sungai Bernam tetapi ianya dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Status kualiti air sungai bagi Sungai Bernam untuk bulan Jun 2015 adalah dalam kategori BERSIH kelas II.

     

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi pencemaran?

    LUAS telah menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap isu pencemaran sungai melalui mekanisme seperti berikut:

     

    • Mesyuarat Pasukan Petugas lembangan sungai (4 kali setahun).

     

    • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor (4 kali setahun).

     

    • Tindakan bersepadu bagi kes – kes kecemasan yang melibatkan henti operasi di Loji Pembersihan Air melalui Jawatankuasa Kecemasan Sumber

     

    • Mesyuarat melibatkan agensi dan jabatan lain dalam menangani masalah pencemaran dan LUAS sebagai penyelaras di Negeri

     

    Antara langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut adalah seperti berikut;

    Menguatkuasakan dasar pengurusan sumber air seperti Kertas Posisi Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor Selaras dengan Enakmen LUAS 1999. Dasar ini bertujuan memastikan adaptasi sungai secara semula jadi dalam setiap aktiviti pembangunan bagi memastikan pengekalan morfologi sungai yang mana ia berkaitan dengan bentuk dan struktur sungai yang mempengaruhi hidrologi dan kepelbagaian biodiversiti termasuk alam persekitaran semula jadi

     

    1. Pewartaan Zon Perlindungan Di Bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 (Sungai Utama) Beserta Rizab 50 Meter Kiri Dan 50 Meter Kanan. Tujuan pewartaan adalah untuk memelihara, memulihara serta mengawal sungai utama dan rizab sungai dari dicemari dengan aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak

     

    • Menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bernam yang akan digunakan sebagai rujukan dalan pengurusan sumber air di Lembangan Sungai Bernam dan melibatkan semua pihak berkepentingan samada untuk Negeri Selangor mahupun Negeri

     

Lampiran

Tiada Lampiran.