Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
210) PENERIMA BIASISWA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah penerima biasiswa kerajaan Negeri Selangor?
Pembiayaan kepada pelajar peringkat pengajian tinggi adalah dalam bentuk pinjaman tanpa
Pinjaman tanpa faedah akan ditukar kepada biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tamat pengajian dengan CGPA melebihi 3.75 dan ke atas, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pinjaman tanpa faedah juga ditukar kepada biasiswa bagi pelajar-pelajar jurusan Perubatan, Pergigian dan veterinar setelah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat penempatan.
Bagi pelajar yang mendapat GCPA di antara 3.2 sehingga 3.74, pengurangan bayaran balik akan diberikan.
Sejak pelaksanaan dasar Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah sejak tahun 2004 sehingga Jun 2015, seramai 120 peminjam telah diberikan status biasiswa dengan pelupusan pinjaman berjumlah RM2,011,887.00.
-
Apakah bidang-bidang pengajian yang terlibat?
Semua bidang pengajian yang diiktiraf oleh Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri