Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

209) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA DI LEMBAH KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah kos perbelanjaannya dan bilangan bas yang dalam perkhidmatan setakat sekarang?

     

    Inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di Lembah Klang yang dikenali sebagai Bas Selangorku telah diperuntukkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Selangor. Bagi fasa pertama, Bas Selangorku dilancarkan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan jumlah kos perbelanjaan dan bilangan bas yang dalam perkhidmatan seperti di Jadual 1. Jumlah keseluruhan kos yang disalurkan adalah merangkumi kos sewaan bas, rekabentuk wrapping dan cukai

    Jadual 1:Pecahan Peruntukan Bas Selangorku Mengikut PBT

     

    PBT LALUAN JUMLAH BAS KOS
    MBSA 1 4 RM1,266,064.00
    MPSJ 1 4 RM1,266,064.00
    MPK 1 3 RM 949,548.00
  2. Berapa ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ini setiap hari?

    Semenjak dilancarkan pada 1 Julai 2015 yang lalu di ketiga-tiga PBT iaitu MBSA, MPSJ dan MPK, sambutan yang diterima amat menggalakkan berdasarkan jumlah statistik penumpang yang dikeluarkan oleh pihak Rapid Bus Sdn

    Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Selangorku sehingga 31 Julai 2015 adalah sebanyak 53,229 penumpang. Pecahan penumpang dan purata penumpang sehari mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    Statistik Penumpang Bas Selangorku Mengikut PBT

     

    PBT Jumlah Bas Jumlah

    Penumpang

    Purata Penumpang Sehari
    MBSA 4 26,709 862
    MPSJ 4 19,699 635
    MPK 3 6,821 220
  3. Adakah terdapat apa-apa rancangan penambahbaikan dan pengembangan perkhidmatan pada masa depan?

    Dengan sokongan dan sambutan yang diberikan oleh rakyat dalam setiap usaha yang diperkenal dan dijayakan oleh Kerajaan Negeri, adalah menjadi tanggungjawab untuk Kerajaan Negeri memperbanyakkan perkhidmatan seumpamanya dengan memperluaskan perkhidmatan Bas Selangorku. Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk melaksanakan fasa kedua Bas Selangorku di kawasan Kajang dan Ampang Jaya di samping merangka pelan untuk memperluaskan inisiatif perkhidmatan Bas Selangorku di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan lain secara berperingkat pada tahun hadapan untuk dinikmati semua rakyat di Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.