Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

205) BANTUAN SRK CINA, TAMIL, KAFA , SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang digunakan untuk meluluskan bantuan kewangan untuk setiap permohonan yang diterima?

    Kriteria yang digunakan bagi meluluskan bantuan sekolah ini adalah seperti berikut:

     

    • Jumlah pelajar sekolah;
    • Keadaan infrastruktur sekolah ia berdasarkan gambar yang dihantar bersama borang permohonan bantuan sekolah;
    • Laporan atau maklumbalas yang diberikan oleh Ahli Dewan Negeri kawasan yang terlibat atau wakil semasa mesyuarat penilaian dilaksanakan; dan
    • Keperluan dan keadaan semasa
  2. Sila nyatakan sebab musabab kenapa tahun ini hanya 1 sekolah cina di daerah kuala Langat terima bantuan sahaja? Sekolah rendah cina yang lain Tidak ada bantuan langsung?

    Faktor SJKC yang memohon masih belum mendapat bantuan adalah seperti berikut :

     

    • Sekolah yang telah menerima lebihan bayaran pada tahun 2014 dan tidak mengembalikan bayaran tersebut kepada Kerajaan Negeri tidak akan dipertimbangkan;

     

    • Permohonan dari sekolah-sekolah tersebut masih di dalam kajian oleh Kerajaan Negeri; dan

     

    • Permohonan oleh sekolah yang terlibat tidak dibincangkan di dalam mesyuarat penilaian

Lampiran

Tiada Lampiran.