Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

203) PENYERAPAN GST DI PBT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri Selangor menyerap GST bagi cukai-cukai di PBT?

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 20 / 2015 pada 24 Jun 2015 telah menimbang dan menolak cadangan untuk menyerap Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) terhadap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri

  2. Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian untuk melaksanakan langkah tersebut?

    Terdapat satu kajian oleh Perbendaharaan Negeri Selangor iaitu Kenaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) Terhadap Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Kajian ini meliputi penelitian terhadap pendapatan kesemua PBT Negeri Selangor iaitu anggaran pendapatan yang telah dibajetkan pada tahun 2015 mengikut tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Pelbagai

     

    Berdasarkan peraturan semasa di bawah Akta 762, mana-mana pihak yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah kerangka GST Malaysia hendaklah mengenakan GST terhadap output barangan dan perkhidmatan bercukai yang disediakan untuk pelanggannya. Pihak tersebut selanjutnya dibenarkan untuk menuntut semula sebagai kredit apa-apa GST yang dikenakan dalam belian-belian yang menjadi input kepada perniagaannya. Cukai yang dituntut semula dinamakan sebagai Input Tax. Memandangkan PBT juga merupakan pihak yang layak menuntut kembali Input Tax yang telah dibayar. Antara perkhidmatan yang dikenakan GST di PBT adalah seperti Perolehan dari Jualan Barang dan Sewaan. Butir-butir lanjut adalah seperti di bawah :

     

    KLASIFIKASI AKTIVITI KOD OBJEK
    Perolehan dari Jualan Barang (73000) Jualan Borang Tender 73105
    Jualan    Dokumen                 dan Pelan  

    73120

    Jualan borang cetak 73106

     

      Jualan     borang     cetak Yang Lain  

    73199

    Jualan patil lesen 73221
    Jualan Tong Sampah 73225
    Jualan Karung Plastik 73227
    Jualan Barang stor Yang Lain  

    73299

    Jualan-jualan yang lain 73999
    Jualan Harta Benda Kerajaan  

    73301

    Sewaan (74000) Sewa Tapak dan Tanah 74101
    Sewa Bangunan Kediaman  

    74201

    Sewa Bangunan Pejabat 74202
    Bangunan Penstoran 74204
    Sewa Bangunan perniagaan  

    74212

    Sewa Dewan 74213
    Sewa padang dan gelanggang  

    74214

    Sewa Perhentian bas/teksi  

    74217

    Sewa tandas awam 74218
    Sewa Gerai / Kantin 74219
    Sewa Pasar 742191
    Sewa tapak perniagaan 74220
    Sewa bangunan- bangunan lain  

    74299

    Sewa kenderaan penumpang (9 seater ke bawah)  

    74301

     

      Sewa kenderaan pengangkutan  

    72302

    Sewa perabot dan kelengkapan  

    74502

    Bayaran sewa yang lain 74999
    [ Sewa rumah rehat ] 74999A

     

Lampiran

Tiada Lampiran.