Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

201) MASALAH KENDERAAN TERBENGKALAI YANG MELAMPAU BANYAK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jelaskan perancangan kerajaan bagi menyelesaikan permasalahan kenderaan terbengkalai yang melampau banyak dan bagaimana kerajaan akan meringkaskan prosedur pelupusannya

    Untuk makluman, bagi kenderaan yang terbengkalai, PBT akan mengeluarkan notis amaran atas kesalahan Akta 133 Sek 461 (e) meletakkan kenderaan buruk di tempat awam menyebabkan halangan. Tempoh diberi selama 7-14 hari untuk mengalihkannya. Notis ditampal di cermin hadapan kenderaan tersebut dan ambil gambar kenderaan buruk sebagai bukti. Setelah tamat tempoh notis tersebut, jika pemilik masih lagi gagal mengalihkan kenderaan tersebut, kenderaan akan disita dan di simpan di dalam stor sementara waktu sehingga pemilik membuat tuntutan. Sebagai prosedur tambahan, semua notis yang telah dikeluarkan dimajukan kepada pihak PDRM sebagai pengesahan sama ada kenderaan tersebut ada kes jenayah ataupun tidak. PBT juga akan mencari maklumat di Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan mengenalpasti pemilik kenderaan tersebut. Surat diedarkan kepada pemilik supaya membuat tuntutan dalam tempoh 14 hari. Sekiranya tiada tuntutan daripada pemilik dalam tempoh yang ditetapkan, PBT akan mendapatkan pandangan JKR Mekanikal bagi penilaian harga kenderaan tersebut.

     

    Setakat ini, prosedur pelupusan sedia ada di PBT adalah berbeza dan Kerajaan Negeri melalui PBT akan membuat penyeragaman untuk tujuan memendekkan tempoh masa bagi proses pelupusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.