Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

192) TANAH RENTIS TNB

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa keluasan tanah rentis TNB seluruh negeri Selangor?

    Berdasarkan maklumbalas dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), anggaran keluasan rentis TNB di seluruh Negeri Selangor adalah lebih kurang 7,324.06 Hektar. Anggaran keluasan rentis ini merupakan keluasan keseluruhan yang meliputi tanah hakmilik, tanah kerajaan, rizab hutan, rizab sungai dan juga rizab jalan.

  2. Mengapa Kerajaan tidak mengenakan caj pajakan memandangkan tanah rentis tidak boleh diguna atau dibangunkan ?

    TNB melalui Seksyen 16 Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Pampasan) tidak memajak tanah hakmilik kerana TNB telah membayar pampasan kepada pemilik tanah ke atas segala ganti rugi ‘gangguan, kerosakan atau ketidakupayaan’ yang mungkin berlaku disebabkan ketika pembinaan rentis. Bagi tanah-tanah kerajaan, TNB juga tidak memajak tanah-tanah tersebut. Melalui Seksyen 12 ABE 1990, TNB hanya memohon kebenaran masuk dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mendirikan dan menyenggarakan apa-apa talian bekalan elektrik di atas tanah-tanah

Lampiran

Tiada Lampiran.