Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

191) MASJID BARU PEKAN DENGKIL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan terbaru projek Masjid ini?

    Projek Masjid Baru Pekan Dengkil ditangguhkan sehingga isu tanah

  2. Bilakah projek pembinaan masjid ini boleh dimulakan?

    Projek pembinaan masjid ini akan dilaksanakan setelah penyelesaian isu pampasan tanah dengan pihak JAKOA dan orang asli selesai. Kertas cadangan proses pampasan kepada orang asli sedang dalam penyediaan untuk dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

  3. Berapakah pecahan peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan masjid ini?

    Pecahan peruntukan pembinaan masjid tersebut adalah seperti yang berikut :-

     

    BIL AGENSI PERUNTUKAN (RM)
    1. Kerajaan Negeri 2.0 JUTA
    2. Kerajaan Persekutuan 3.0 JUTA

     

Lampiran

Tiada Lampiran.