Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

169) GAJI, ELAUN, ELAUN KHAS, KERAIAN, BONUS DAN GANJARAN UNTUK KAKITANGAN ATASAN GLC

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memohon kerajaan memaklumkan gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk semua kakitangan atasan GLC. Jawapan boleh diberi dalam satu skala lingkungan?

    Setiap GLC mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memastikan pengurusan syarikat mengikut etika Code of Corporate Governance yang telah diwujudkan bagi menentukan hala tuju strategik syarikat mengikut acuan sendiri. Oleh yang demikian, sebarang maklumat berkenaan gaji dan faedah- faedah perkhidmatan GLC ini tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum bagi memelihara kod etika urus tadbir korporat masing-masing. Tambahan pula, maklumat terperinci berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan bagi pengurusan atasan GLC ini merupakan perkara-perkara yang menyentuh kerahsiaan dan maklumat peribadi individu yang berhak untuk tidak didedahkan kepada mana-mana individu / pihak yang tidak

    Walaupun GLC ini merupakan entiti yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor, pendedahan maklumat peribadi pihak pengurusan atasan terutamanya yang berkaitan dengan gaji, bonus dan faedah-faedah perkhidmatan adalah dianggap sulit dan rahsia. Walaupun Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 boleh digunakan untuk setiap individu hak untuk mengakses yang munasabah ke atas sebarang maklumat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor, perkara berkaitan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan ini tertakluk kepada pengecualian maklumat seperti yang termaktub dalam Seksyen 14, Enakmen yang sama.

     

    Namun begitu, sekiranya Y.B. Ahli Dewan Negeri masih ingin mengemukakan pertanyaan berkaitan perkara ini, maka Y.B. Ahli Dewan Negeri bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar. Jawapan hanya akan diberikan secara umum sahaja kepada Y.B. yang bertanya sahaja.

  2. Adakah kerajaan mempunyai satu skala gaji dan ukuran prestasi yang seragam untuk semua pegawai atasan GLC?

    Setiap Anak Syarikat/agensi/perbadanan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan mempunyai peranan, visi, misi dan objektif yang khusus selaras dengan hasrat Kerajaan

     

    Untuk itu, indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan bagi setiap agensi adalah berlainan dan khusus untuk agensi tersebut. Maka, ukuran prestasi bagi semua pegawai atasan GLC juga adalah berbeza berdasarkan agensi masing- masing.

     

    Berhubung skala gaji, terdapat pelbagai faktor yang membezakan skala gaji bagi setiap agensi, antaranya ialah peruntukan perundangan penubuhan, sumber kewangan, prestasi kewangan, kompleksiti agensi dan kepakaran yang diperlukan oleh agensi. Skala gaji tersebut perlu diluluskan oleh Mesyuarat Ahli

     

    Lembaga Pengarah. Oleh itu, skala gaji semua pegawai atasan GLC adalah berbeza dan ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang skala gaji bagi pegawai atasan GLC.

Lampiran

Tiada Lampiran.