Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
167) PEMBANGUNAN SEMULA TANAMAN PISANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tersedia maklum hampir 4 tahun hasil pengeluaran pisang terlalu kurang disebabkan oleh penyakit layu bakteria pisang (MOKO)?
Serangan penyakit moko akibat bakteria (Ralstonia solanacearum) pada tahun 2012 telah mengakibatkan kawasan seluas 2,097 ha kawasan bagi seluruh negeri Selangor. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah mengambil langkah pengawalan dengan membekalkan racun rumpai2,4-D Amine untuk memusnahkan semua tanaman pisang yang diserang bakteria tersebut. Manakala 2 tahun tempoh rehat dikenakan dari tanaman semula pisang untuk memusnahkan inokulum bakteria yang terdapat di dalam
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggerakkan semula projek tanaman pisang bagi meningkatkan semula hasil pengeluaran dan menstabilkan harga?
Mulai dari tahun 2014, sebanyak 600 hektar keluasan kawasan tanam semula pisang telah dibenarkan di bawah khidmat nasihat pengembangan jabatan pertanian dan 484.24 hektar telah mula mengeluarkan hasil pihak jabatan juga telah menambah seluas 88 ha kawasan penanaman bagi tahun 2015 yang merangkumi pelbagai jenis varieti pisang. Jumlah pendapatan peserta bagi tempoh berkenaan adalah sebanyak RM3.93