Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
148) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan kerajaan negeri untuk memastikan aset-aset hartanah yang dimiliki oleh Yayasan Selangor dimajukan dengan pulangan yang terbaik untuk rakyat?
a) dan b)
Kerajaan Negeri memantau segala perjalanan operasi Yayasan Selangor melalui Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan beberapa ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
Pengurusan Yayasan Selangor telah menyediakan perancangan strategik 2015-2019 sebagai panduan dalam memastikan aset-asetnya dimajukan dengan pulangan yang terbaik. Selain itu, proses tender terbuka dalam setiap pemajuan aset telah dilaksanakan oleh Yayasan Selangor untuk memastikan pulangan yang terbaik diperolehi.
Hasil pulangan yang diperolehi akan digunakan untuk kepentingan rakyat khasnya dalam memberi peluang pendidikan kepada rakyat negeri Selangor.
-
Nyatakan tempoh yang diberikan untuk menyelesaikannya