Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
147) PEMBANGUNAN KEBUN KEJIRANAN HIJAU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status program ini selepas diumumkan dalam ucapan Bajet 2015?
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan jumlah aktiviti yang telah dilaksanakan?
Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di bawah Kerajaan Negeri Selangor merupakan portfolio yang dirangka khas dan khusus bagi membantu rakyat Selangor yang tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Portfolio ini mengutamakan pemohon rakyat Selangor yang mempunyai kediaman yang daif dan tidak selamat untuk diduduki serta mempunyai tanggungan yang ramai.
Kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah RM35,000.00 bagi rumah bina baru 3 bilik, RM32,000.00 bagi rumah bina baru 2 bilik dan RM20,000.00 maksima bagi baik pulih rumah sedia ada. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin amat peka akan keperluan dan suara rakyat Selangor yang benar – benar memerlukan bantuan rumah bersetuju meluluskan pemberian bantuan rumah ini secara percuma kepada pemohon yang telah diluluskan permohonannya melalui Mesyuarat Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin. Tiada sebarang kos yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor berhak menarik semula kelulusan rumah sekiranya mendapati penerima tidak memanfaatkan pemberian rumah bantuan dengan sebaik – baiknya.
Dengan adanya pemberian Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin secara percuma ini, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin memandang serius dan komited dalam membantu golongan miskin yang benar – benar layak sahaja. Portfolio ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat Selangor memiliki kediaman yang lebih baik dan selesa, dapat mengurangkan beban kepada keluarga berkenaan terhadap kos sewaan yang semakin tinggi saban hari dan seterusnya membantu mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Pemohon juga dapat memanfaatkan peluang ini untuk mencari pekerjaan yang lebih baik di samping dapat meningkatkan semangat dan ekonomi mereka sekeluarga.