Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
143) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan matlamat penubuhan DEIG
Matlamat penubuhan DEIG adalah untuk melaksanakan proses rasionalisasi dan konsolidasi aset milik MBI dan anak syarikatnya serta menjadi syarikat pelaburan induk Kerajaan
Apabila aset-aset ini distruktur semula secara komprehensif dan sistematik, pulangan pelaburan kepada Kerajaan Negeri sudah pasti dapat ditingkatkan dan dimaksimakan.
-
Nyatakan struktur perniagaan DEIG dan anak-anak syarikatnya
DEIG masih di peringkat awal penubuhan dan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2016
MBI masih mendapatkan nasihat dan maklumbalas untuk menjamin ketelusan dan prinsip kebertanggungjawaban dalam mengurus DEIG.
-
Apakah cadangan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh DEIG?
Segala projek yang akan dilaksanakan ditentukan oleh Lembaga Pengarah