Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

139) LESEN PREMIS URUT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan premis urut yang terdapat di Kota Damansara dan berapakah yang mempunyai lesen?

    Terdapat 7 buah premis urut di Kota Damansara. 7 buah premis urut adalah seperti berikut :

     

    1. Chia Jey Corporation (M) Sdn. Bhd
    2. D Touch Health & Beauty
    3. DTouch Health & Beauty ( cawangan )
    4. DTouch Health & Beauty ( cawangan )
    5. Horizon Reflexology & Aromatheraphy
    6. Horizon Reflexology & Aromatheraphy( cawangan )
    7. Galaxy Aroma Reflexology
  2. Berapakah jumlah tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh agensi berkaitan?

     

     

    Jenis Aktiviti Bilangan Operasi Tindakan
    Jumlah Kompaun JumlahSitaan
    Rumah Urut 74 14 11

     

  3. Nyatakan tindakan yang diambil terhadap premis urut yang tidak mempunyai lesen dan melanggar undang-undang?

    Perkara ini dilaksanakan dengan beberapa kaedah seperti berikut :

     

    • Operasi bersepadu bersama Jabatan-jabatan dalaman MBPJ serta agensi-agensi sokongan yang lain seperti PDRM, AADK, JAIS, Jabatan Imigresen dan lain-lain agensi yang

     

    • Menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti kompaun, sitaan dan tindakan pendakwaan di bawah Akta, Enakmen, Peraturan serta Undang-undang Kecil

     

    • Menjalankan pemeriksaan    rutin    ke    atas    premis    berlesen    bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran syarat.

Lampiran

Tiada Lampiran.