Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
137) PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIAL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah ladang penternakan ayam telur dan ayam pedaging secara komersial di Selangor mengikut daerah.
Jumlah ladang ayam telur dan ayam pedaging secara komersial di Negeri Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut :
DAERAH AYAM PEDAGING AYAM PENELUR JUMLAH Hulu Langat 3 – 3 Petaling – 1 1 Sabak Bernam 16 – 16 Sepang 21 – 21 Kuala Selangor 46 11 57 Gombak 3 5 8 Kuala Langat 91 6 97 Klang 11 3 14 Hulu Selangor 16 2 18 JUMLAH KESELURUHAN 207 28 235 -
Adakah ladang penternakan ayam secara komersial memerlukan kelulusan daripada PBT?
Ya, setiap permohonan membangunkan ladang ayam komersial memerlukan kebenaran merancang daripada PBT. Pihak PBT seterusnya akan mendapatkan pandangan teknikal daripada pelbagai agensi berkaitan sebelum meluluskan permohonan. Selain daripada itu, pihak yang ingin memulakan ayam secara komersial juga perlu mendapatkan lesen daripada
JPV Selangor mengikut peraturan-peraturan di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap reban ayam terbuka yang masih beroperasi?
Bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri tidak lagi membenarkan pembinaan reban terbuka yang baharu. Namun, Kerajaan Negeri masih membenarkan reban ayam terbuka sedia ada untuk beroperasi dengan syarat melaksanakan pengurusan yang baik supaya tidak menimbulkan pencemaran alam sekitar dan kacau ganggu lalat. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pelbagai agensi lain seperti PBT, Jabatan Kesihatan dan LUAS sentiasa memantau ladang-ladang reban ayam terbuka di mana ladang yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan undang-undang lain yang berkaitan.