Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
122) KONSESI PERJANJIAN AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status terkini selepas penamatan?
Perjanjian konsesi air sedia ada masih lagi berkuat kuasa kerana proses pengambilalihan syarikat-syarikat pemegang konsesi air oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih dalam proses
-
Bagaimanakah status pajakan tanah negeri selepas penamatan konsesi ini?
Pada masa sekarang, tanah negeri tidak dipajakkan dan tiada geran dikeluarkan untuk kegunaan syarikat-syarikat pemegang konsesi
Melalui penstrukturan semula industri air, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memindahkan aset air (termasuk bahagian tanah di mana aset air itu berada) kepada Air Selangor, syarikat milik Kerajaan Negeri. Sebahagiannya akan dipajak kepada Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) bagi tempoh 45 tahun untuk membiayai dana pengambilalihan syarikat- syarikat pemegang konsesi air berkenaan.
Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat-syarat yang cukup ketat bagi kesemua tanah-tanah ini termasuk seperti berikut:-
- Kegunaan tanah hanya untuk tujuan berkaitan bekalan air sahaja;
- Bagi tanah yang dipajakkan kepada PAAB, selepas tempoh 45 tahun, PAAB akan menyerahkan semula tanah pajakan ini kepada pihak berkuasa Negeri Selangor; dan
Sekiranya Air Selangor tidak lagi menjadi operator bekalan air di Negeri Selangor (sebelum atau selepas tempoh 45 tahun berkenaan), tanah-tanah milik negeri hendaklah dikembalikan semula kepada pihak berkuasa Negeri Selangor.