Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
97) TERDAPAT BANYAK PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ PERSENDIRIAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal kualiti sekolah-sekolah tahfiz ini ?
Langkah kerajaan untuk mengawal kualiti sekolah-sekolah tahfiz:
- Sekolah-sekolah tahfiz perlu mendaftar dengan kerajaan dan menggunakan kurikulum yang dilaksanakan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS),
- Kualiti sekolah tahfiz ini di bawah pemerhatian dan pengawasan Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan dan Tahfiz Negeri Selangor,
- Melaksanakan pemantauan berterusan dari aspek pengurusan kurikulum, kewangan dan hal ehwal murid,
- Sekolah tahfiz juga perlu berdaftar dengan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) bagi tujuan penyelarasan
-
Adakah jawatankuasa khas untuk mengaudit perjalanan sekolah-sekolah tahfiz ini ?
Pada masa ini Sektor Pengurusan Naziran Bahagian Pendidikan Islam melaksanakan pemantauan pengurusan, kewangan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti Hal Ehwal Murid di sekolah-sekolah tahfiz di negeri Selangor.
– Sekolah tahfiz ini juga perlu menghantar penyata bulanan, laporan kewangan dan lain-lain maklumat ke Jabatan dari masa ke semasa.
-
Bagaimana pula kelulusan lesen bangunan yang digunakan untuk bangunan tahfiz ?
Lesen bangunan yang digunakan untuk bangunan tahfiz dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan mendapat pengesahan Jabatan Bomba serta Pejabat Kesihatan