Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
91) KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kefahaman dan amalan Islam dalam institusi keluarga Islam di negeri ini?
Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan amalan Islam dalam institusi keluarga Islam di Negeri Selangor, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor seperti berikut;
Memperkemaskan peranan Unit Undang-undang Keluarga di 9 buah Pejabat Agama Islam di seluruh Negeri Selangor dalam melaksanakan khidmat nasihat berkaitan masalah dan isu-isu kekeluargaan yang dihadapi oleh pasangan beragama
Melaksanakan pelbagai program kekeluargaan berbentuk Seminar dan Kursus iaitu:-
- Kursus Pra Perkahwinan Islam kepada pasangan yang ingin
- Kursus Pasca Perkahwinan Islam kepada pasangan yang telah berkahwin.
- Program Keluarga Sakinah kepada semua golongan ahli keluarga.
- Program Modul Usrah Keluarga Negeri Selangor yang dijalankan di masjid-masjid.
- Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (JAKIM)
-
Apakah pula langkah-langkah khusus yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan di Kerajaan Negeri?
-
Bagaimanakah hasil maklumbalas awam terhadap Program 3K yang dianjurkan oleh Pejabat Exco?