Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
74) CAJ ABSTRAKSI AIR BAGI KEGUNAAN AKUAKULTUR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula kesesuaian pelaksanaan caj abstraksi air untuk pengusaha akuakultur ?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 13 April 2005 telah membuat keputusan untuk mengenakan lesen dan caj terhadap semua pengguna sumber air bumi dan permukaan bagi tujuan komersial dan utiliti awam mulai 1 Julai 2005. Ini adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 41 dan 44, Enakmen LUAS 1999. Pelesenan dan pengenaan caj ini juga adalah bertujuan untuk memastikan abstraksi sumber air dilaksanakan secara mampan dan tidak memberikan kesan negatif kepada sumber air dan
Pelaksanaan Skim Pelesenan Dan Caj Abstraksi Sumber Air Selangor bagi sektor Akuakultur bukan sahaja mematuhi perundangan yang berkuatkuasa sedia ada, tetapi secara tidak langsung ianya membantu Jabatan Perikanan Negeri Selangor di dalam pendaftaran dan kawalan pengusaha-pengusaha akuakultur ini. Ini adalah kerana pendaftaran aktiviti akuakultur di Jabatan Perikanan Negeri Selangor adalah secara sukarela tanpa peruntukan perundangan yang khusus. Bagi memperoleh Lesen Abstraksi Sumber Air daripada LUAS, pengusaha akuakultur perlu mengemukakan surat pengesahan pendaftaran daripada Jabatan Perikanan Negeri Selangor.
Caj abstraksi air adalah RM 0.05/m³ bagi tujuan komersial selaras dengan keputusan MMKN Bil. 8/2005 pada 13 April 2005. Bagi negeri lain adalah seperti berikut:
- Johor – 5 sen semeter padu
- Pahang – 4 sen semeter padu
- Melaka – 5 sen semeter padu
- Negeri Sembilan – 8 sen semeter padu
-
Adakah para pengusaha akuakultur patut dicaj bayaran tersebut memandangkan air merupakan sumber semulajadi?
Sumber air ini dikawal selia oleh LUAS berdasarkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan di dalam Enakmen LUAS 1999. Ianya menerangkan berkenaan kawalan terhadap apa-apa aktiviti yang menggunakan sumber air bagi memastikan kuantitinya mencukupi bagi semua sektor dan kualitinya yang baik untuk digunakan. Melalui kelulusan Kerajaan Negeri, pengenaan lesen dan caj abstraksi sumber air ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah untuk mengawal penggunaan sumber air yang lebih optima di semua peringkat dan kelangsungannya untuk masa-masa akan
Aktiviti akuakultur merupakan aktiviti komersial dan ianya tidak tertakluk di dalam sembilan (9) kategori aktiviti yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian caj oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Pengecualian Caj Abstraksi Sumber Air yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bil 19/2013 pada 10 Julai 2013.
9 Kriteria Pengecualian Caj Abstraksi Sumber Air
Berdasarkan Garis Panduan Pengecualian Caj Bagi Abstraksi Sumber Air Yang Dikawalselia Oleh Lembaga Urus Air Selangor berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013:
- pemilik/pengusaha premis kebajikan, rumah orang tua, rumah anak yatim, rumah kebajikan dan seumpamanya yang diiktiraf di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 dan Akta Pusat Jagaan 1983;
- PBT dalam menjalankan khidmat perbandaran yang tidak berorientasikan keuntungan kecuali kontraktor yang dilantik oleh PBT;
- Sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan di bawah Akta Pendidikan 1996;
- Pemilik/pengusaha zoo atau tempat perlindungan haiwan/hidupan liar yang diiktiraf di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010;
- Tujuan pembelajaran dan pendidikan oleh institusi pegajian tinggi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
- Tujuan pemantauan atau penyelidikan yang tidak berorientasikan keuntungan;
- Kegunaan premis beribadat;
- Pihak berkuasa awam di dalam pelaksanaan tanggungjawab untuk khidmat masyarakat; dan
- Sebarang pengenaan caj yang boleh memberi implikasi perundangan kepada Kerajaan Negeri/Persekutuan.
-
Nyatakan keluasan dalam meter persegi, jumlah individu syarikat menjalankan pengusahaan akuakultur
Semua aktiviti abstraksi sumber air bagi kegunaan perusahaan akuakultur tertakluk kepada Pelaksanaan Skim Pelesenan Dan Caj Abstraksi Sumber Air
Selangor tanpa mengira keluasan kolam. Setakat ini, Jabatan Perikanan Negeri Selangor hanya mempunyai data keluasan kolam, jumlah individu dan syarikat yang perusahaan akuakultur yang berdaftar secara sukarela tanpa peruntukan perundangan yang khusus.
Data yang berkaitan keluasan kolam, jumlah individu dan syarikat yang perusahaan akuakultur yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Selangor adalah seperti berikut;
DAERAH SISTEM AKUAKULTUR
PEMILIK BILANGAN KOLAM
LUAS KOLAM (HA)
Kuala Langat Kolam Air Payau Individu 206 54.5 Kuala Langat Kolam Air Payau Syarikat 265 180.92 Kuala Selangor Kolam Air Payau Syarikat 797 438.78 Sabak Bernam Kolam Air Payau Syarikat 266 186.01 Sepang Kolam Air Payau Syarikat 18 9.05 Gombak Kolam Air Tawar Individu 312 122.86 Hulu Langat Kolam Air Tawar Individu 91 18.46 Hulu Selangor Kolam Air Tawar Individu 274 29.60 Klang Kolam Air Tawar Individu 29 12.16 Kuala Langat Kolam Air Tawar Individu 14 5.89 Kuala Selangor Kolam Air Tawar Individu 316 36.49 Petaling Kolam Air Tawar Individu 61 18.32 Sabak Bernam Kolam Air Tawar Individu 171 12.45 Sepang Kolam Air Tawar Individu 23 0.86