Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

72) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah pemohon dan penerima insentif perkahwinan belia pada tahun 2014?

    Jumlah pemohon dan penerima insentif perkahwinan belia pada tahun 2014 adalah sebagaimana jadual di bawah :

     

    DATA LAPORAN INSENTIF PERKAHWINAN BELIA BAGI TAHUN 2014

     

     

    BILANGAN PERMOHONAN DILULUSKAN

     

    8801

     

    BILANGAN PERMOHONAN DITOLAK

     

    1347

     

    JUMLAH PERMOHONAN

     

    10148

     

    JUMLAH KESELURUHAN PERMOHONAN PERUNTUKAN                                BAGI TAHUN 2014

     

     

    8801 PEMOHON x RM500 = RM4,400,500.00

  2. Apakah jaminan kerajaan negeri meningkatkan insentif tersebut sejajar dengan kos sara hidup masa kini?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Insentif Perkahwinan Belia di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan untuk menjadikan program ini sebagai satu program kebajikan kepada rakyat Selangor dengan hasrat hasil Negeri untuk rakyat. Seterusnya, program ini juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mensejahterakan rumahtangga dan keluarga di Negeri Selangor di samping sebagai insentif kepada golongan belia di Negeri Selangor yang baru mendirikan

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih mengekalkan kadar insentif yang diberikan kerana Kerajaan Negeri baru menaikkan kadar insentif daripada RM200.00 seorang kepada RM500.00 seorang pada tahun 2014

Lampiran

Tiada Lampiran.