Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

70) BANGUNAN TERBENGKALAI DI PERSIARAN BUKIT RAJA 2, BUKIT RAJA, MUKIM KAPAR SEJAK TAHUN 1997

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bangunan di persiaran Bukit Raja 2, Bukit Raja, Mukim Kapar telah terbengkalai selama 17 tahun sejak tahun 1997 dan rancangan Pemaju untuk menyambung semula kerja yang diluluskan pada tahun 2014 telahpun gagal. Apakah rancangan Kerajaan Negeri atas projek terbengkalai ini?

    Projek merupakan cadangan sebuah hotel 24 tingkat. Projek telah terbengkalai sejak dari tahun 1997. Walau bagaimanapun, pemaju/perunding telah mengambil inisiatif untuk meneruskan projek tersebut. Oleh itu, pada 20/03/2014 permohonan pelan pindaan untuk menyambung semula kerja telah dimajukan dan diluluskan dengan syarat. Pada 23/10/2014 borang B (Perakuan untuk meneruskan pembinaan) telah dimajukan. Pemaju sedang menyelaras semula penyambungan kerja-kerja pembinaan bangunan. Tarikh dijangka siap dan boleh digunakan bagi Fasa 1 untuk hotel dan podium ialah pada Oktober 2015 dan Fasa 2 untuk service apartment ialah pada tahun 2016.

     

    Peranan Majlis dalam memantau pemulihan projek ialah pihak Majlis mengadakan Mesyuarat Berkala setiap 2 bulan bagi pemantauan prestasi projek, menjalankan lawatan berkala sebulan sekali di tapak projek, mendapatkan carta perbatuan kerja pembinaan ditapak dan mendapatkan laporan kemajuan kerja di tapak secara bulanan daripada perunding.

     

    Laporan ringkasan pemajuan oleh perunding sehingga Jun 2016 adalah 20%. Walaubagaimanapun projek ini telah lewat 8% (kelewatan 31 hari).

     

    • Disertakan maklumat tambahan mengenai profil syarikat pemaju,kos pemulihan projek, laporan lawatan tapak serta pemajuan terkini seperti di Lampiran A1.

     

    LAMPIRAN A1

     

     

    RINGKASAN EKSEKUTIF SYARIKAT ACMAR INTERNATIONAL GROUP

    • Nama Syarikat : Acmar International Group
    • Alamat Syarikat : No.32a, Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    3)      Tel                               :     603-3343 8833

    4)      Fax                              :      603- 3343 7808

    • Pengasas :      Mr Tee Leh Tec
    • Lembaga Pengarah :-
    1. Dato Steven Tee
    2. Mr Tee Kim Hock
    • Mr Johnny Tee
    1. Dato Mustapha Abd Hamid
    2. Datuk Seri Ahmad Hj Kabit

     

    • Anak Syarikat Acmar International Group
    1. Property Development:-
      1. PNSB Acmar Sdn Bhd
      2. Perspektif Masa Sdn Bhd
      3. Summit Enterprise Sdn Bhd
      4. Usahasama Utama Sdn Bhd
      5. Success Leadership Alliance Sdn Bhd
      6. Acmar Development Sdn Bhd
      7. Cahaya Kelang Construction Sdn Bhd

     

    1. Hospitality:-
      1. Acmar Jaya (M) Bhd
      2. Dwelling Makers Sdn Bhd

     

    • Automative Motor & Trade:-
      1. Actmar Sdn Bhd
      2. Actmar Motor (M) Sdn Bhd
      3. Actmar Auto Services Sdn Bhd

     

    1. Education:-
      1. Top Spectrum Sdn Bhd
      2. Applied Knowledge Sdn Bhd

     

    • Syarikat Yang Memulihkan projek :-
      1. Dwelling Makers Sdn Bhd

     

    • Projek Yang Dipulihkan :-
    1. a) Cadangan Sebuah Hotel 24 Tingkat Di Atas LOT S (M)  14954  (P.T 21444) Persiaran Bukit Raja 2, Bukit Raja, Mukim Kapar, Selangor Darul Ehsan.

     

    • Kos Projek:-
    1. Kos Keseluruhan : RM300 juta
    2. Kos Pemulihan : RM165 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.