Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

66) KUTIPAN SEWA PARKIR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan syarikat swasta yang bekerjasama dengan PBT dalam usaha kutipan sewa parkir dengan tempoh kontrak dan nisbah pembahagian keuntungan masing-masing

    Kerajaan Negeri pada 1 April 1998 telah meluluskan pelaksanaan Sistem Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar Dan Peraga/Pay And Display (P&D) di seluruh negeri Selangor kepada dua (2) syarikat iaitu Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. (SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. (GPSB). Perjanjian kontrak pengurusan tempat letak kereta ditandatangani oleh tiap-tiap PBT dengan syarikat Tiada perjanjian utama dengan Kerajaan Negeri. Tempoh perjanjian konsesi adalah selama dua puluh (20) tahun bermula pada April 1998 dan akan berakhir pada bulan April 2018.

     

    Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-

     

    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
    • Majlis Perbandaran Klang (MPK); – telah ditamatkan
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp); dan
    • Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) – belum beroperasi

     

    Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-

     

    • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ);
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
    • Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL);

     

    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) – belum beroperasi; dan
    • Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) – belum beroperasi

     

    Nisbah pembahagian keuntungan ataupun pulangan oleh syarikat kepada PBT adalah berbeza mengikut seliaan syarikat. Antaranya adalah seperti berikut:

     

    • Bayaran sewa tetap petak letak kereta
    • Bayaran keuntungan 30% dari kompaun tempat letak kereta
    • Bayaran hasil kutipan tahunan 4% kepada PBT
    • Bayaran gaji penguatkuasa PBT
    • Bayaran pakaian seragam penguatkuasa

     

    Bayaran sewa tetap petak kepada PBT adalah sejumlah bayaran yang telah ditetapkan oleh PBT masing-masing yang perlu dibayar oleh syarikat pada setiap bulan. Berikut adalah kadar bayaran bulanan sepetak seperti yang telah ditetapkan oleh PBT:

     

    PBT Di Bawah Seliaan SESB MBSA MPS MPAJ MPKJ MPSp
    1. Kadar bayaran bulanan

    sepetak

    15.28 15.58 12.93 15.29 11.00
    2. Jumlah petak 33,895 11,207 8,208 1,863 749

     

    PBT Di Bawah Seliaan GPSB MBPJ MPSJ MPAJ
    1. Kadar bayaran bulanan sepetak 37.45 50:50

    (pembahagian sama rata)

    10.12
    2. Jumlah petak 20,613 23,594 2,585

    * Nota – MPSJ mengamalkan perkongsian keuntungan 50 : 50 dan tiada dikenakan bayaran sewa tetap petak

     

    Hasil kutipan kompaun kepada PBT bagi konsesi di bawah seliaan SESB adalah pada nisbah 30 : 70 di mana 30% diserah kepada PBT dan 70% kepada SESB. MBPJ dan MPSJ pula menjalankan penguatkuasaan dan mengutip 100% kompaun tanpa penglibatan GPSB. Manakala bagi MDKL, nisbah 30 : 70 diguna pakai sama seperti di bawah seliaan SESB

     

    Selain itu, hasil kepada PBT adalah bayaran 4% setiap tahun oleh syarikat kepada PBT di mana ianya adalah hasil perkongsian keuntungan penjualan kupon tempat letak kereta berdasarkan kepada perjanjian yang ditandatangani oleh syarikat dengan PBT masing-masing.

     

     

    Melalui penswastaan tempat letak kereta ini, PBT mendapat pulangan dengan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos operasi iaitu bagi penyediaan sistem tempat letak kereta sebaliknya kos-kos ini ditanggung oleh syarikat yang berkenaan. Penjimatan ini membolehkan PBT menumpukan penggunaan budget bagi perkara lain.

     

    PBT juga memperoleh pendapatan bersih tanpa mengeluarkan kos bagi pengutipan hasil tempat letak kereta dan juga penyelenggaraan tempat letak kereta dengan memastikan garisan bagi petak tempat letak kereta diselenggara dengan baik dan boleh dilihat, sistem bayar dan peraga adalah di dalam keadaan yang baik serta memastikan bahawa semua papan tanda berkaitan dengan tempat letak kereta adalah di dalam keadaan baik.

     

    PBT mendapat penjimatan kos operasi, kos penyelenggaraan Hardware dan Software serta penjimatan kos pengintegrasian sistem yang ditanggung oleh pihak syarikat. Selain itu, terdapat juga gaji penguatkuasa PBT yang dibayar oleh syarikat serta bayaran pakaian seragam penguatkuasa turut ditanggung oleh syarikat.

     

  2. Adakah kerajaan negeri merancang untuk menamatkan kontrak syarikat yang tidak memberi nisbah keuntungan yang adil kepada PBT?

    Bagi PBT yang  ingin menamatkan kontrak syarikat ianya adalah tertakluk kepada perjanjian yang telah ditandatangani di antara PBT dengan pihak syarikat sendiri dan penamatan perlulah merujuk kepada peruntukan di dalam perjanjian penswastaan yang telah  dimuktamadkan oleh kedua-dua

     

    Jika sekiranya PBT ingin menamatkan kontrak syarikat yang tidak memberi nisbah keuntungan yang adil kepada PBT, berikut adalah klausa-klausa yang perlu diambilkira di dalam perjanjian sebelum sesuatu penamatan dilakukan:

     

    Kemungkiran, Penamatan dan Force Majeure

     

    • Artikel 10 kepada Perjanjian merujuk kepada perkara-perkara kemungkiran oleh pihak Syarikat dan juga pihak Majlis serta penamatan dan juga force majeure di mana secara khusus dinyatakan adalah kemungkiran pihak Syarikat serta cara dan kesan penamatan sekiranya ditamatkan oleh

     

    Pihak Syarikat adalah melakukan kemungkiran sekiranya berlaku perkara-perkara di bawah iaitu:-

     

    • Syarikat gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat Perjanjian; atau

     

    • Syarikat gagal mengambil alih Kemudahan Sediada dan Kontrak Sediada menurut perjanjian; atau

     

     

    • Syarikat gagal membuat bayaran Sewa Bulanan secara berterusan untuk tempoh selama dua (2) bulan;

     

    atau

     

    1. Syarikat dimasukkan Perintah Pembubaran ke atasnya; atau
    2. Syarikat menjadi tak solven atau melakukan penyesuaian dengan pemiutang-pemiutangnya atau dilikuldasi secara sukarela atau paksa; atau
    3. Syarikat mempunyai pellkuidasi, penerima dan/atau pengurus yang dilantik untuk
    4. Jika berlaku salah satu daripada perkara i), ii), atau iii) di atas, pihak Majlis boleh memberikan notis secara bertulis yang dirujuk di dalam Perjanjian sebagai Notis Di dalam Notis Kemungkiran ini Majlis perlu menyatakan kemungkiran dan meminta Syarikat meremedi kemungkiran tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh penerimaan Notis  Kemungkiran tersebut atau mana-mana tarikh lain yang munasabah yang ditentukan oleh Majlis.
    5. Jika berlaku salah satu perkara daripada iv), v) dan vi) maka Majlis sama ada boleh secara terus menamatkan Perjanjian atau memberikan Notis secara bertulis kepada Syarikat menyatakan kemungkiran dan meminta Syarikat untuk meremedi kemungkiran dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau suatu  tempoh yang lebih panjang yang ditentukan oleh
    6. Kegagalan Syarikat untuk meremedi kemungkiran

     

    Majlis hendaklah menamatkan Perjanjian selepas berakhir lima belas (15) hari daripada tarikh tamat Notis Kemungkiran.

     

    • Sekiranya Perjanjian ditamatkan di atas kemungkiran Syarikat:-

     

    • Milikan ke atas kemudahan yang ada di tempat letak kereta hendaklah diambil alih oleh Majlis dan hendaklah tidak dialihkan oleh mana-mana pihak  lain  tanpa prasangka walau bagaimanapun terhadap hak majlis untuk mengambil tindakan terhadap pihak Syarikat kerana kemungkiran

     

    • Majlis mempunyai hak untuk meneruskan penggunaan

     

    kemudahan tersebut melainkan sehingga diubah atau ditukar oleh Majlis.

     

    • Milikan oleh Majlis selepas penamatan Perjanjian ini tidak boleh dikira sebagai persetujuan untuk mengambil alih tanggungan pihak

     

     

    • Kesan penamatan

     

    Sekiranya Perjanjian ditamatkan mengikut yang dinyatakan di atas maka kesannya adalah seperti berikut seperti yang dinyatakan di dalam Klausa Perjanjian:-

     

    1. “The Council shall pay to the  Company within six (6)months or any extended period to be mutually agreed  the amount (if any) by which the value of project cost as defined in Clause 10.7 and  all  amounts as at the Termination which may be owing by the Council to the Company but less any amount owing by the  Company to the Council under this Agreement;

     

    Perenggan ini menyentuh tentang tanggungjawab Majlis untuk membayar kepada Syarikat dalam NILAI KOS PROJEK dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh konsesi ditamatkan.

     

    • Sekiranya perenggan di atas telah dipatuhi maka barulah Konsesi tamat;

     

    • Sekiranya penamatan berlaku sebelum kerja-kerja siap, pihak Syarikat hendaklah memberhentikan semua kerja- kerja dan menyerahkan semua peralatan dan bahan di tempat letak kereta kepada Majlis;

     

    • Pihak Syarikat sekiranya diminta oleh Majlis, hendaklah menyerahkan kepada majlis segala keuntungan oleh mana-mana Perjanjian bagi pembekalan bahan atau barang dan/atau bagi pelaksanaan oleh mana-mana bahagian kerja-kerja yang tidak disiapkan untuk tujuan Perjanjian ini tertakluk sentiasa bahawa pihak Majlis hendaklah berhak, tetapi tidak bertanggungjawab, untuk membayar kepada pembekal atau kontraktor kecil, samada dicalonkan atau dilantik oleh Syarikat, bagi bahan atau barang yang diserahkan bagi tujuan pelaksanaan kerja- kerja di bawah Perjanjian ini sebelum daripada tarikh

     

    penamatan, yang gagal dibayar oleh pihak Syarikat;

     

    • Sekiranya penamatan Perjanjian berlaku selepas daripada penyiapan kerja-kerja, maka Syarikat hendaklah menyerahkan kepada Majlis kemudahan secara sedia ada (as is where is basis).

     

    “Works” atau “Kerja-kerja” ditafsirkan sebagai kerja-kerja pemasangan, pembaikan, penambahbaikan dan penaiktarafan kemudahan-kemudahan baru dan sediada yang mungkin diluluskan oleh pihak Majlis.

     

    • Nilai Kos Projek

     

    Nilai Kos Projek sepertimana yang dinyatakan di dalam Klausa Perjanjian hendaklah bermaksud:-

     

    Jumlah yang disahkan oleh kedua-dua pihak Majlis dan Syarikat atas jumlah yang ditanggung oleh Syarikat untuk kemudahan seperti yang disenaraikan seperti berikut:

     

    1. Tempat Letak Kereta

     

    1. Papan-papan tanda berkaitan dengan perletakan kenderaan

     

    • Sistem bayar dan peraga

     

    • Sistem komunikasi on-line

     

    Kecuali Tempat Letak Kereta, ditolak dengan mana-mana penyusutan nilai atau kenaikan caj dan mengambil kira akaun untung rugi Syarikat sehingga tarikh penamatan yang dikira berdasarkan standard perakaunan Malaysia dan wang yang tertunggak dan terhutang kepada Majlis oleh pihak Syarikat.

     

    Penamatan secara persefahaman kedua-dua pihak

     

    Sekiranya penamatan dibuat oleh kedua-dua pihak secara bersesama dan dengan persefahaman maka terma-terma di atas boleh untuk tidak dipatuhi dan pihak-pihak akan menggariskan terma-terma yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak atas dasar ‘menang-menang’.

Lampiran

Tiada Lampiran.