Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
52) PEMBINAAN LOJI LANGAT 2
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan Loji Langat 2?
Status pembinaan Loji Langat 2
Perjanjian Jual Beli Air Mentah di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pahang telah ditandatangani pada 22 November 2007. Berdasarkan kepada perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Pahang akan membekalkan air mentah kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) yang akan dilaksanakan dan dibiayai oleh Kerajaan
- Projek PPAMPS yang dilaksanakan oleh Kementerian Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) terdiri dari komponen utama berikut:-
- Pembinaan Empangan Kelau di Sungai Kelau, Pahang
- Pembinaan Muka Sauk di Sungai Semantan, Pahang;
- Pemasangan Paip Air Mentah dari Muka Sauk ke Terowong (inlet) sejauh 8km;
- Pembinaan terowong sejauh 44.6 km bagi menyalurkan air mentah ke Negeri Selangor (outlet).
Air Mentah yang disalurkan akan dirawat dan diagih di bawah Skim Langat 2. Kerja-kerja pembinaan Projek PPAMPS telah siap sepenuhnya.
- Skim Langat 2 yang sedang dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terdiri dari komponen utama berikut:-
- Pemasangan Paip Air Mentah dari Terowong (perkara 2.2 (iv) di atas) sejauh 3km ke Loji Rawatan Air Langat 2;
- Pembinaan Loji Rawatan Air berkapasiti 1130 Juta Liter Sehari (JLH) di Hulu Langat;
- Pembinaan 2 Kolam Imbangan dan 5 Kolam Servis;
- Pemasangan paip air terawat lebih dari 50km di Negeri Selangor dan Kuala
PAAB memaklumkan jadual asal siap keseluruhan Skim Langat 2 pada awal 2017 tidak mungkin tercapai dan tarikh baru siap untuk menyiapkan keseluruhan Skim Langat 2 adalah dijadualkan pada tahun
Pembangunan Projek Loji Rawatan Langat 2 adalah merupakan projek di bawah penyeliaan KTTHA dan dilaksanakan oleh PAAB. Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai perunding dan kontraktor yang dilantik untuk projek
Berkenaan dengan pelaksanaan Projek Langat 2, Kerajaan Negeri Selangor amatlah menitik beratkan supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan mendukung prinsip berasaskan value for money. Prinsip value for money itu hendaklah dilihat bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal projek tetapi juga mengambil kira kos operasi yang akan terlibat di masa akan datang kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat
Kerajaan Negeri menyarankan agar setiap kontraktor yang terlibat di dalam Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 hendaklah dilantik melalui sistem tender terbuka yang telus bagi memastikan kontraktor yang dilantik itu kelak adalah kontraktor yang benar-benar mahir dan berpengetahuan. Ini adalah untuk memastikan setiap komponen projek yang disiapkan oleh kontraktor yang telah dilantik itu benar-benar boleh beroperasi dengan baiknya tanpa memerlukan sebarang kos pembaikan sebaik sahaja projek itu diserahkan kepada operator yang akan mengoperasikan loji
Pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 32/2014 yang bersidang pada 25 Ogos 2014 dan disahkan oleh MMKN ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah telah bersetuju dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2. Memandangkan apabila siapnya Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 ini, bayaran harga air mentah akan dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perjanjian Jual Beli Air Mentah Pahang ke Selangor, maka saya dengan tegas menyarankan supaya Negeri Selangor turut terlibat dan diberi peranan dalam membuat keputusan berkenaan pelaksanaan projek
Dalam melaksanakan Projek Langat 2, ia melibatkan enam belas (16) pakej kerja seperti berikut:-
Pakej
Tajuk Kerja
1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang- Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat 2A Water Treatment Plant Pakej
Tajuk Kerja
2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan Air Langat 3 Loji Rawatan Enapcemar dan Tapak Pelupusan Enapcemar Langat 2 4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210 Juta Liter 5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat 6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke Kolam Air AU3
6A Terowong Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang 7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter 8 Kolam Air Ampang Reservoir Berkapasiti 36 Juta Liter 9 Kolam Air AU3 Berkapasiti 28 Juta Liter 10 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Lebuhraya Sg. Besi
11 Paip Air Terawat Utama dari Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil 12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter 13 Kolam Air Bukit Jalil Berkapasiti 22 Juta Liter 14 Kolam Air Petaling Berkapasiti 80 Juta Liter - Dari enam belas pakej kerja tersebut, hanya tiga pakej yang telah dianugerahkan kepada kontraktor iaitu:-
Pakej
Tajuk Kerja
Kontraktor
1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Loh-Loh Construction Sdn Bhd 2A Water Treatment Plant Salcon MMC AZRB JV 5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat
Jaks Sdn Bhd Kerajaan Negeri melalui MMKN ke 44/2014 dan disahkan dalam MMKN ke 45/2014 pada 19 November 2014 telah mengarahkan MPKj menanguhkan kelulusan Pelan Kerja tanah dan Infrastruktur Projek Langat 2 sementara waktu sehinggalah perkara-perkara berhubung condition precedent di bawah Perjanjian Utama
Memandangkan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor telah ditandatangani pada 10 Julai 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju meluluskan permohonan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat
-
Senaraikan kelulusan-kelulusan yang telah dikeluarkan oleh PBT bagi tujuan pelaksanaan projek ini?
Senarai kelulusan-kelulusan yang telah dikeluarkan oleh PBT bagi tujuan pelaksanaan projek Langat 2
- Kelulusan yang telah dikeluarkan oleh PBT adalah seperti berikut:-
Pakej
Tajuk Kerja
Kelulusan PBT
1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi dari MPKj pada 26 Februari 2014. 2A Water Treatment Plant Kelulusan Kebenaran Merancang dan Kelulusan bersyarat Kerja-kerja tanah dan perparitan telah diperoleh dari MPKj 2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan Air Langat Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperoleh dari MPKj pada 26 Februari 2014. 4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210 Juta Liter Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperoleh dari MPKj pada 26 Februari 2014
7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperoleh dari MPKj pada 26 Februari 2014.
12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperoleh dari MPKj pada 26 Februari 2014. -
Apakah halangan-halangan untuk melaksanakan projek ini?
Halangan-halangan untuk melaksanakan Projek Langat 2
Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menghalang pelaksanaan Projek Langat 2, namun demikian Kerajaan Negeri Selangor amatlah menitik beratkan supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan mendukung prinsip berasaskan value for money. Prinsip value for money itu hendaklah dilihat bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal projek tetapi juga mengambil kira kos operasi yang akan terlibat di masa akan datang kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat
Pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 32/2014 yang bersidang pada 25 Ogos 2014 dan disahkan oleh MMKN ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah telah bersetuju dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat
Memandangkan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor telah ditandatangani pada 10 Julai 2015, Kerajaan Negeri Selangor di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bilangan ke 19/2015 yang bersidang pada 30 Julai 2015 telah bersetuju meluluskan permohonan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat