Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

40) PROJEK BOT BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek tersebut?

     

    Cadangan Projek Konsep BOT atau konsep konsesi jangkamasa panjang tidak dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor (LPAYS). Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang pada ketika ini telah dibuka untuk penyewaan untuk jangkamasa pendek. Ruang yang terdapat pada aras Ground Floor telah pun disewakan. Yayasan Selangor telah membuat aktiviti pemasaran seperti membuat promosi, kain rentang, menggunakan agen-agen untuk mendapatkan penyewaan di bangunan

     

    Beberapa penyewa telah membuat tawaran untuk menyewa keseluruhan bangunan tersebut. Pada ketika ini, pihak Yayasan Selangor sedang membuat penilaian terhadap tawaran yang dibuat daripada penyewa-penyewa yang berminat ini dengan tujuan mendapatkan pulangan yang terbaik untuk Yayasan Selangor. Di jangkakan keseluruhan bangunan ini dapat disewa selewat- lewatnya pada bulan September ini.

     

  2. Apakah rancangan tindakan dan penyelesaian susulan yang telah di ambil oleh kerajaan negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor amat mengambil berat mengenai pembangunan semula di Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang ini, di antaranya dengan meluluskan cadangan penyewaan jangkamasa pendek ini bagi menjana pendapatan segera untuk pengisian dana pendidikan Yayasan

     

    Perancangan jangkamasa panjang, pihak Yayasan Selangor baru-baru ini telah memuktamadkan pertandingan pelan pembangunan semula Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang di mana pemenang kepada cadangan pelan pembangunan yang terbaik telah dibuat. Pelan pembangunan yang dikenal pasti adalah berkonsepkan Hotel dan Retail. Tingkat Bawah hingga ke aras 3 akan dijadikan kawasan perniagaan ‘Retail” dan selebihnya akan dijadikan kawasan Hotel. Kawasan Podium juga akan dibangunkan sehingga 16 tingkat untuk menambahkan ruang perniagaan.

    Yayasan Selangor bercadang untuk menguruskan sendiri projek pembangunan semula bangunan ini seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri Selangor dimana ini dapat mengujudkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dengan pihak konsultan, kontraktor dan agensi-agensi yang berkaitan jika melibatkan secara terus di setiap kitaran projek yang akan dilaksanakan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.