Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

35) MENINGKATKAN GAJI KAKITANGAN AWAM BAGI MENGHAPUSKAN AMALAN RASUAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat korelasi antara amalan rasuah dan gaji rendah warga kerja Kerajaan Negeri?

    Berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini tiada sebarang kajian berasaskan analisis statistik yang pernah dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat korelasi di antara amalan rasuah dan gaji rendah penjawat awam. Walau bagaimanapun, menurut SPRM, penjawat awam yang disabitkan kesalahan adalah terdiri daripada pelbagai kumpulan iaitu Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan juga kumpulan sokongan. Menurut Institut Integriti Malaysia (IIM), rasuah adalah bersamaan dengan sifat tamak campur peluang dengan ditolak integriti ([greed + opportunity] – integrity = corruption). Sehubungan itu semua lapisan masyarakat sama ada bergaji rendah atau tinggi adalah terdedah kepada amalan

  2. Demi memastikan amalan rasuah sifar, adakah gaji rendah golongan warga kerja sedia dinaikkan?

    Berdasarkan hasil tangkapan SPRM terhadap penerima rasuah, didapati faktor atau punca utama yang menyebabkan seseorang terlibat dalam amalan rasuah ialah lemahnya pegangan nilai integriti dalam diri seseorang individu berikutan terdedah kepada ruang dan peluang untuk mendapatkan sesuatu (material driven) keistimewaan / ganjaran daripada pihak berkepentingan. Gaji rendah yang diterima oleh penjawat awam bukanlah penyebab utama kepada berlakunya amalan

     

    Pada dasarnya, sistem penggajian atau saraan penjawat awam di Negeri Selangor masih selari dengan pelaksanaan di peringkat Persekutuan di mana sebarang perubahan atau penambahbaikan terhadap sistem saraan ini akan turut dipanjangkan pelaksanaannya di Jabatan/Agensi Negeri Selangor. Sebarang kajian perubahan atau penambahbaikan terhadap sistem saraan ini diselaraskan oleh Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kerajaan Negeri tidak boleh sewengan-wenangnya menaikkan gaji penjawat

     

    awam kerana akan melibatkan implikasi kepada ganjaran dan pencen yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk jangka masa panjang.

  3. Apakah halangan yang ada sekiranya kenaikan ini ditanggung oleh wang daripada rizab Negeri?

Lampiran

Tiada Lampiran.