Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

33) PELABURAN ASING

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Akibat dari masalah ekonomi yang melanda negara, apakah wujud penarikan balik pelaburan oleh pelabur-pelabur asing di Selangor?

    Kesan dari keadaan ekonomi semasa serta faktor permintaan pasaran menyebabkan berlakunya penarikan balik pelaburan oleh pelabur-pelabur asing di Selangor. Sebagai contoh, syarikat JVC Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (Jepun) yang menutup operasi di Shah Alam dan memindahkan operasi ke Thailand disebabkan oleh kurangnya permintaan terhadap produk (camcorder) keluaran

     

    Manakala syarikat Ansell Sdn Bhd (Australia) yang mengeluarkan produk sarung tangan getah untuk perubatan pula menutup operasi di Shah Alam dan memindahkan operasi pengeluaran ke Melaka dan India. Penutupan operasi di Shah Alam disebabkan penstrukturan syarikat dan pihak syarikat mahu mengurangkan kos pengeluaran bagi membolehkan produk syarikat bersaing dengan produk lain di pasaran.

  2. Jika berlaku, apakah kesannya kepada ekonomi Selangor?

    Antara kesan langsung kepada ekonomi Selangor apabila berlakunya penarikan pelaburan seperti berikut;-

     

    • Isu pemberhentian pekerja
    • Memberi sedikit kesan kepada industri sokongan seperti pengangkutan, pergudangan, peruncitan dan industri perkhidmatan yang
  3. Apakah insentif yang disediakan kerajaan negeri untuk menarik pelabur asing kekal melabur di Selangor?

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau ganjaran berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau

     

    Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi samada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

     

    Dalam membantu menyelesaikan isu pelaburan yang berbangkit, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara bulanan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ EXCO bagi membincangkan permasalahan yang berbangkit dan membantu pihak pelabur untuk mempercepatkan proses penyelesaian dan proses pembangunan yang dicadangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.