Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
31) PENGURUSAN SAMPAH DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan masih meneruskan cadangan untuk menguruskan masalah sampah pepejal di setiap kampung yang teruk menghadapi masalah tersebut sekarang?
a) dan b)
Kerajaan Negeri tidak mengabaikan pengurusan sampah di kawasan kampung sama ada dalam kawasan operasi PBT atau di luar kawasan operasi. Walau bagaimanapun, kaedah pengurusan sampah di kampung- kampung adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan PBT sebagai contoh MBSA, MBPJ dan MPSJ telah melantik kontraktor bagi pengurusan sampah di kampung-kampung dalam kawasan pentadbiran masing-masing. Manakala bagi lain-lain PBT kaedah menggunakan tong sampah berpusat (diletakkan di tepi jalan utama) digunakan bagi memudahkan kutipan oleh kontraktor.
-
Jika ya, bilakah akan dimulakan dan pihak mana yang akan dipertanggungjawabkan?