Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

28) WABAK DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah terkini kes denggi dan bilangan kematian di selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras dalam menangani isu denggi di Negeri Selangor. Namun, kes denggi di Negeri Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Usaha giat membanteras denggi telah mula di jalankan mulai tahun 2013 dengan mengadakan Mesyuarat Mingguan Denggi Peringkat Negeri & Daerah, Program Gempur Aedes dan Kempen Kawalan Denggi.

     

    Pada tahun 2014, usaha ini dipergiatkan lagi dengan meneruskan Mesyuarat Mingguan Denggi Peringkat Negeri & Daerah, pelaksanaan Pelan Tindakan Program Denggi – KKM, Pelan Tindakan Denggi PBT – KPKT dan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014.

     

    Pada tahun ini pula, fokus utama Kerajaan Negeri dalam membanteras denggi adalah melalui:-

     

    i.         Pendidikan kesihatan

    1. Pelan Strategik Sifar Pembiakan Aedes Negeri Selangor 2015 – 2016; dan
    • Penggunaan inisiatif baru

     

    Statistik kes denggi dan bilangan kematian di Negeri Selangor sehingga 8 Ogos 2015 adalah seperti berikut, iaitu bagi minggu ke -31 tahun 2015, jumlah kes yang dicatatkan bagi minggu tersebut adalah 1,336 kes, mejadikan kumulatif kes bagi tahun 2015 adalah 41,223 kes dan kumulatif kematian bagi tahun 2015 sebanyak 92 kematian.

     

    DAERAH ME 31/ 2015 KUMULATIF KES 2015 KUMULATIF KEMATIAN
    PETALING 402 17,913 31
    HULU LANGAT 429 9,477 22
    KLANG 190 5,219 15
    GOMBAK 195 4,306 9

     

    SEPANG 65 1,996 7
    HULU SELANGOR 19 741 2
    KUALA LANGAT 23 784 3
    KUALA SELANGOR 10 588 2
    SABAK BERNAM 3 199 0
    JUMLAH 1,336 41,223 92

     

  2. Apakah kerajaan negeri mempunyai inisiatif baharu menangani wabak denggi?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri telah menjalankan pelbagai usaha bagi menangani kes denggi di Negeri Selangor. Antaranya adalah seperti berikut: –

     

    • Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang dipengerusikan oleh YB Exco Kesihatan
    • Mengadakan Mesyuarat    Membincangkan   Isu    Wabak                           Denggi Peringkat Negeri Selangor secara Dwi – Mingguan
    • Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Petaling
    • Operasi Tapak Bina
    • Task Force Denggi diperingkat PBT
    • Mesyuarat Kawalan Denggi di Peringkat Daerah
    • Aktiviti pencegahan di kawasan-kawasan yang berisiko seperti di tapak bina, tanah kosong, rumah kosong, rumah ibadat, kawasan perumahan.
    • Meningkatkan penguatkuasaan perundangan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
    1. Memberi kesedaran kepada orang ramai melalui khutbah jumaat & ceramah di masjid dan surau
    2. Menggiatkan aktiviti gotong –royong di peringkat masyarakat
    3. Membuat edaran risalah denggi dan memberi abate
    • Program/ Projek Khas PBT seperti SEDAR, BATAS dan Advokasi Denggi
    • Program Asap dan Musnah Daerah Petaling; dan yang terkini adalah
    • Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes yang telah di adakan pada 27-29 Julai 2015 dan turut di hadiri oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, Jabatan kesihatan negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah, dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

     

    Bengkel tersebut telah merumuskan pelbagai strategi baharu yang akan di laksanakan dalam tempoh terdekat. Antaranya adalah seperti menggunakan kawalan biologi bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes, Majlis Pelancaran Tapak Bina Sifar Aedes yang akan melibatkan semua pemaju di negeri Selangor, serta silibus pendidikan kesihatan kepada murid tadika dan sekolah Negeri Selangor. Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes ini akan dilancarkan pada September 2015 dan pelaksanaan nya adalah pada September 2015 – Disember 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.