Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

19) MANFAAT TAMBAHAN DI BAWAH SKIM TAWAS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keahlian berdaftar 2014 & 2015?

     

    Ahli TAWAS yang telah didaftarkan dan LULUS bagi tahun 2014 dan 2015 adalah seperti berikut:

     

    Tahun Jumlah Ahli
    2014 27,322
    Sehingga Jun 2015 7,422
    Jumlah 34,744
  2. Berapakah bilangan penyata tawas belum serah mengikut tahun daftar? Senaraikan?

    Bilangan penyata TAWAS belum diserah adalah seperti berikut:

    Tahun Belum Diserah
    2008 585
    2009 10,248
    2010 12,130
    2011 15,593
    2012 26,845
    2013 17,492
    2014 21,831
    2015 18,171
    Jumlah 122,895

    Sebanyak 67,646 penyata yang telah diserahkan kepada ahli TAWAS berdasarkan program-program yang telah dilaksanakan oleh YAWAS dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak penyata yang masih belum diserahkan kerana terdapat beberapa penangguhan yang dibuat oleh YAWAS kerana memberi laluan kepada Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) yang dilangsungkan pada November 2014 sehingga Januari 2015. Selain itu, program turut ditangguhkan sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal bagi tahun 2014 dan 2015. Program penyerahan Penyata Simpanan TAWAS ini hanya dilaksanakan pada setiap hari Ahad untuk menarik ramai ibu/bapa, penjaga hadir.

  3. Apakah ada manfaat tambahan selain, ahli meninggal sebelum dan selepas genap 18 tahun?

    Selain daripada manfaat khairat kematian, tiada sebarang manfaat tambahan yang

Lampiran

Tiada Lampiran.