Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

15) SEKOLAH AGAMA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan untuk penambahbaikan sekolah di bawah JAIS? Berapa untuk SRA? SABK?

    Peruntukan untuk penambahbaikan sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah sebanyak RM3,500,000.00 bagi tahun

  2. Apakah mekanisme kerajaan membantu memperkasakan sekolah agama rakyat di seluruh negeri Selangor ?

    Program memperkasa sekolah Agama Rakyat di seluruh negeri Selangor:-

     

    1. Guru :
      • Menyediakan kursus jangka Panjang (kerjasama dengan UPSI/ KUIS dan UNISEL) dan jangka pendek yang dikendalikan oleh Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Pusat Kegiatan Guru Daerah (PKG), Pusat Bahasa Arab Selangor (PBAS), Unit Pengurusan Sumber Manusia JAIS dan Unit Latihan Bahagian Pendidikan Islam, JAIS
      • Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran di UPSI, KUIS dan Unisel
      • Mengurangkan bilangan guru rakyat di sekolah-sekolah dengan melantik guru KAFA
      • Melantik guru berkenaan yang memenuhi syarat ke jawatan kontrak dan tetap

     

    1. SEKOLAH:
      • Memastikan sekolah-sekolah berdaftar dengan JAIS untuk melayakkan mendapat bantuan yang disalurkan samada oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri (Bantuan Modal, Bantuan Perkapita, Bantuan Sekolah Pondok, Bantuan Latihan guru dan Bahan Bantu Mengajar)

     

    • Melaksana pemantauan berterusan melalui Sektor Pengurusan Naziran Bahagian Pendidikan Islam JAIS meliputi aspek pengurusan, kewangan, kurikulum dan aktiviti

     

  3. Memandangkan sekolah agama rakyat semakin bertambah saban tahun, adakah peruntukannya ditambah?

    Tiada

Lampiran

Tiada Lampiran.