Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
10) AGENDA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah agenda pembangunan luar bandar dan kampung, demi meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan luar bandar?
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan infrastruktur yang diperolehi oleh masyarakat pinggiran bandar adalah setanding dengan infrastruktur yang diperolehi oleh masyarakat di bandar. Bagi memastikan kelengkapan dan kesempurnaan infrastruktur ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar khas untuk menampung kos pembaikan dan pengwujudan infrastruktur baru di kawasan kampung. Pada tahun 2015, jumlah peruntukan yang diberikan untuk penyelenggaraan jalan kampung adalah sebanyak RM12 juta berbanding RM4 juta pada tahun 2014, manakala bagi menaiktaraf kemudahan asas desa peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM4 juta. Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri komited dalam menaiktaraf kemudahan awam dan infrastruktur di negeri Selangor khasnya di kawasan
Selain itu, Kerajaan Negeri turut komited untuk melaksanakan program- program berbentuk sosial dan ekonomi untuk memastikan kualiti hidup masyarakat di kampung adalah setanding dengan masyarakat di bandar seperti mewujudkan Dataran Niaga untuk penduduk kampung, inkubator untuk belia di desa memulakan perniagaan serta kursus-kursus kemahiran jangka masa pendek dan sederhana untuk dimanfaatkan oleh belia yang keciciran di dalam akademik.
-
Apakah tindakan-tindakan spesifik untuk meningkatkan ekonomi luar bandar, untuk mengurangkan migrasi kepada kawasan bandar?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar antaranya melalui program “1 Daerah 1 Inkubator”, “Program Pembangunan Usahawan Desa : Kursus Kemahiran Jangka Pendek”, dan “Program Pembangunan Usahawan Desa : Industri Komuniti Kampung”. Program-program ini telah dirancang untuk memberi peluang kepada masyarakat di desa terutamanya golongan belia untuk meningkatkan pengetahuan sekali gus meninggikan peluang mereka untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Peluang ini juga akan dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing tanpa perlu berpindah ke kawasan
Setakat 31 Julai 2015, sebanyak dua (2) buah inkubator telah dimuktamadkan pelaksanaannya iaitu di Klang dan Kuala Langat, temu duga juga telah dilaksanakan pada 10 Ogos 2015 untuk memilih peserta yang terdiri daripada bekas pelajar INPENS yang benar-benar berminat untuk memulakan perniagaan.
Bagi Kursus Kemahiran Jangka Pendek pula, siri pertama kursus bersama- sama Kolej INPENS telah dilaksanakan pada 8-9 Ogos 2015 yang lalu manakala untuk siri yang seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut:
Tarikh Kursus Modul 8 & 9 Ogos 2015 (Sabtu & Ahad) Program Motosikal Program Dandanan Rambut
Program Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
Program Jahitan Program Kecantikan
3 & 4 Ogos 2015 (Sabtu & Ahad) 10 & 11 Ogos 2015 (Sabtu & Ahad) Manakala bagi kursus bersama ITKAU pula, pelaksanaannya akan dibuat pada tarikh-tarikh yang berikut :
Daerah Tarikh Kursus Modul Gombak 17 Ogos 2015 (Isnin) Nasi Arab dan Set Lauk Arab Kuala Langat 18 Ogos 2015 (Selasa) Roti Canai dan Murtabak Klang 19 Ogos 2015 (Rabu) Nasi Ayam Hainan Hulu Selangor 20 Ogos 2015 (Khamis) Ayam Penyet dan Pecel Lele Kuala Selangor 22 Ogos 2015 (Sabtu) Cendol dan Aneka Rojak Petaling 23 Ogos 2015 (Ahad) Aneka Mee dan Soto Sepang 24 Ogos 2015 (Isnin) Nasi Lemak Bungkus dan 15 Lauk Pauk Hulu Langat 25 Ogos 2015 (Selasa) Makanan Jajaan Sabak Bernam 26 Ogos 2015 (Rabu) Frozen Food dan Makanan Dingin Beku