Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
246) LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah loji rawatan air yang membekal air ke kawasan DUN Kinrara?
Kawasan DUN Kinrara mendapat bekalan air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang menyalurkan air melalui Kolam Bukit Dengkil berkapasiti 10 juta gelen dan 5 juta gelen.
Selepas Projek Langat 2 siap dan beroperasi kelak, kawasan DUN Kinrara akan mendapat bekalan air tambahan yang akan membekalkan sebanyak 520 JLH ke kawasan Petaling, Sg Besi, Kinrara dan Puchong (Koridor Barat).
-
Nyatakan kawasan yang dirangkumi mengikut setiap loji rawatan di DUN Kinrara
Keseluruhan kawasan DUN Kinrara mendapat bekalan air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.