Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
242) BLUEPRINT KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada kajian ukuran kejayaan kepada penerima blueprint kemiskinan? Bilakah kali terakhir kajian ini dibuat dan apakah ianya berbentuk tahunan?
Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi golongan masyarakat individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan bagi membantu menjana serta meningkatkan pendapatan keluarga. Antara lima (5) skop utama perusahaan adalah seperti jahitan, perniagaan makanan, perniagaan runcit, pengasuh kanak-kanak dan kraftangan. Sehingga Disember 2014, penerima bantuan bagi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah seramai 2,087 orang. Statistik jumlah penerima bantuan adalah seperti di JADUAL 7.
Jawatankuasa Tetap Kemiskinan kini sedang dalam proses mendapatkan maklumat hasil daripada siasatan, soal selidik dan pemantauan yang dijalankan oleh Pejabat Daerah/ Tanah berhubung pendapatan seisi rumah penerima bantuan selepas menerima bantuan peralatan. Kajiselidik serta maklumat yang diperolehi ini akan digunakan untuk membuat rekod dan statistik bagi mengenalpasti jumlah penerima bantuan yang berupaya menjana/ meningkatkan pendapatan serta berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan hasil daripada bantuan peralatan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Ini seterusnya membolehkan dan membantu Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti serta merangka dasar baru, program dan peruntukan yang lebih komprehensif untuk membasmi kemiskinan secara total dan efektif.
Pada masa kini, fokus dan tumpuan Kerajaan Negeri adalah untuk membasmi kemiskinan secara total dan efektif. Dengan adanya pelbagai program pembasmian kemiskinan seperti Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan ini diharap berupaya mengurangkan kadar kemiskinan melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta seterusnya berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan. Walau bagaimanapun, jangkaan peratusan penerima bantuan yang berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan yang ingin dicapai adalah tertakluk kepada hasil/ penemuan kajiselidik Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan yang akan diperolehi kelak.
-
Berapa peratusan dari kalangan mereka yang berjaya dikeluarkan dari kemiskinan?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah ada sasaran yang ingin dicapai untuk perkara (b) di atas?
Sama seperti di SUB(a)