Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
233) BANJIR KILAT DI LOT 2977 KG. PAYA JARAS TENGAH MUKIM SUNGAI BULOH 1
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada mekanisme oleh kerajaan negeri terhadap pemilik tanah yang menutup longkang sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku di lot tersebut?
Jalan di tanah lot persendirian adalah tanggungjawab pemilik. Jika didapati penutup longkang yang dibuat sendiri oleh individu yang menyebabkan banjir yang menjejaskan penduduk setempat maka Pihak Majlis akan memberi notis kepada pemilik untuk memecahkan longkang yang telah ditutup. Untuk makluman, jalan-jalan dan longkang yang terlibat, Kampung Paya Jaras Tengah adalah di bawah penyelenggaraan pihak Jabatan Kerja Raya.
-
Apakah ada peruntukan khas untuk penyelenggaraan dalam lot-lot yang mempunyai sistem perparitan gunasama?
Untuk lot persendirian, adalah di bawah tanggungjawab pemilik lot masing-masing dan Majlis tidak menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan lengkap persendirian.