Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
211) AKHBAR SELANGOR KINI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan proses pembikinan akhbar Selangor Kini dari mendapatkan berita sehingga ia diedarkan kepada rakyat?
Proses bermula apabila senarai tugasan diterima dan diagih kepada pemberita sebelum menyiapkannya untuk disunting dan dipapar dalam talian (online).
Hasil berita itu kemudian diolah semula untuk disesuaikan dengan edisi cetak dan PDFnya diemel ke kilang percetakan.
Keesokannya, ia diedar ke SUK, PBT dan Pusat Khidmat Adun yang mengedarkannya kepada masjid dan beberapa hypermarket (Giant, Econsave) terpilih.
-
Berapakah peruntukan bagi menjayakan pelaksanaan akhbar ini sejak ia dilaksanakan sehingga kini mengikut tahun?
Kos Mengurus SelangorKini 2010 2,500,130.04 2011 5,200,636.80 2012 4,821,884.08 2013 6,339,803.22 2014 4,821,448.68 Jumlah keseluruhan 23,683,902.82 * Sumber daripada laporan kewangan beraudit dari 2010 sehingga 2013 dan dari laporan kewangan sebelum audit untuk 2014
* Jumlah kos termasuk kos tenaga kerja/staff yang terlibat dalam menjayakannya.