Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

210) MASALAH KESESAKAN LALULINTAS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah lalulintas di DUN Teratai

    Hasil daripada semakan mendapati kesesakan lalu lintas di DUN Teratai berpunca daripada pemandu memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk ke pasar dan gerai makan yang berdekatan. Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ini adalah dicadangkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kenderaan yang menghalang laluan dan diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

    Pihak Majlis telah mensyaratkan dan memberikan kelulusan kepada pemaju Jaya Ternak bagi menaiktaraf persimpangan di Jalan Mawar 4 dan Jalan Bunga Raya.

  2. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor dapat bertindak untuk Soalan (a) tersebut?

    Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

    Pihak majlis akan meminta pihak pemaju Jaya Ternak untuk menyegerakan pelaksanaan cadangan menaiktaraf di 2 persimpangan berkenaan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.