Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

185) KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai jumlah bajet untuk setiap Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah masing-masing.

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak  RM15,494,000.00 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang memerlukan bantuan.  Agihan peruntukan kewangan mengikut daerah bagi tahun  2015 adalah seperti berikut:

    Bil Daerah Bantuan Am

    (RM)

    Bantuan Latihan Belia (RM) Bencana

    (RM)

    Jumlah

    (RM)

    1. Kuala Selangor 1,126,050.00 33,000.00 100,000.00 1,259,050.00
    2. Hulu Langat 932,000.00 26,400.00 100,000.00 1,058,400.00
    3. Subang Jaya 515,550.00 32,250.00 100,000.00 647,800.00
    4. Petaling Jaya 955,500.00 12,500.00 100,000.00 1,068,000.00
    5. Sabak Bernam 911,940.00 12,000.00 100,000.00 1,023,940.00
    6. Gombak 1,423,800.00 9,000.00 100,000.00 1,532,800.00
    7. Shah Alam 424,200.00 15,000.00 100,000.00 539,200.00
    8. Kuala Langat 1,582,950.00 9,000.00 100,000.00 1,691,950.00
    9. Klang 2,065,000.00 24,000.00 100,000.00 2,189,000.00
    10. Hulu Selangor 1,680,000.00 0.00 100,000.00 1,780,000.00
    11. Sepang 1,413,300.00 0.00 100,000.00 1,513,300.00
    12. JKMN Selangor 1,190,560.00 0.00 0.00 1,190,560.00
      JUMLAH 13,030,290.00 173,150.00 1,100,000.00 15,494,000.00
  2. Sila kemukakan senarai pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini.

    Statistik pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini adalah seperti berikut:

    Statistik pemohon DUN Teratai

    TAHUN JUMLAH LULUS TOLAK
    2013 76 69 7
    2014 131 118 13
    2015 26 18 8
       

    Alasan permohonan bantuan ditolak adalah seperti berikut:

    • Bukan warganegara.
    • Pendapatan isi rumah melebihi had kelayakan RM 720.00 sebulan
    • Masih sihat dan berupaya untuk bekerja serta berdikari untuk menyara kehidupan sendiri.
    • Mempunyai harta yang mengeluarkan hasil/sumber kewangan sampingan seperti rumah sewa, pencen, bantuan perkeso, bantuan baitul-mal dan zakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.