Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

173) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jawatan dalam JKKK yang menerima elaun bulanan dan berapakah jumlahnya?

    Jawatan dalam JKKK yang menerima elaun bulanan adalah Pengerusi JKKK sebanyak RM800.00 dan Setiausaha sebanyak RM250.00. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 8/2015 yang bersidang pada 25 Februari 2015 melalui Kertas MMK.No.31/8/2015 telah memutuskan agar kadar elaun bagi Ketua Kampung Tradisi dan Ketua Kampung Baru di Negeri Selangor dinaikkan daripada RM800.00 kepada RM900.00.

    Untuk makluman, kadar kenaikan elaun JKKK akan dikaji dari semasa ke semasa selaras dengan keadaan ekonomi pada masa ini selain tertakluk kepada peruntukan sedia ada daripada Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Berapakah perbelanjaan kerajaan negeri bagi membayar elaun JKKK seluruh Selangor pada tahun 2014?

    Bagi tahun 2014, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bayaran elaun bagi JKKK seluruh Selangor sebanyak RM8,344,200.00 seperti pecahan berikut:

    JKKK Kg. Tradisi  = RM6,844,800.00

    JKKK Kg. Baru/ Bagan/

    Tersusun  = RM1,450,800.00

    Komuniti India = RM486,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.