Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
172) PROGRAM BELIA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah belia yang terlibat dengan program anjuran kerajaan negeri pada tahun 2014?
Jumlah belia yang terlibat dengan program anjuran Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah seramai 62,800 orang yang terdiri daripada 5 program yang dianjurkan oleh peringkat Negeri dan 289 program di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT).
-
Bagaimanakah keberkesanan pelaksanaan anjuran kerajaan negeri dinilai?
Keberkesanan pelaksanaan adalah dinilai mengikut perkara-perkara seperti berikut :-
- Jumlah penyertaan;
- Jumlah pengunjung;
- Impak kepada belia dan masyarakat di kawasan berkaitan;
- Jalinan kerjasama antara semua pihak seperti PKM, PBT, PeBT, Ketua Kampung dan NGO yang terlibat; dan
- Pencapaian objektif sesuatu program yang dijalankan.
Secara umumnya, program-program di bawah pembangunan belia dan sukan mampu membina generasi belia yang bersatu padu, berilmu, berkepimpinan, berdisiplin, berakhlak, bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya positif ke arah kelestarian pembangunan Negeri Selangor di peringkat serantau dan antarabangsa.