Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
159) BENTENG PENGHALANG PASIR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah JPS akan memulakan kerja-kerja memanjangkan benteng penghalang pasir yang sedia ada ?
Kerajaan Negeri merancang dan akan memasukkan program kerja bagi kerja-kerja sambungan pembinaan benteng penghalang pasir sedia ada ke dalam senarai Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tahun 2016-2020. Kerja-kerja pembinaan tersebut akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan permohonan dari Kerajaan Negeri.
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang JPS untuk mengurangkan masalah timbunan pasir di muara Sungai Sekinchan ?
Bagi perancangan jangka panjang, Kerajaan Negeri akan memasukkan program kerja bagi kerja-kerja sambungan pembinaan benteng penghalang pasir sedia ada dalam RMKe 11. Skop kerja bagi program tersebut termasuk kerja-kerja pengorekan muara sungai dan pembinaan groyne bagi tujuan menghalang pasir dari masuk ke muara.