Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

158) TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah tanah yang telah dirampas oleh Kerajaan akibat kegagalan pemilik tanah membayar cukai tanah?

    Sebanyak 789 lot tanah telah dirampas (Notis 8A) oleh Kerajaan Negeri melalui Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 disebabkan oleh kegagalan membayar cukai tanah dan pecahannya mengikut daerah dari tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti berikut :-

    BIL DAERAH  

    BIL. LOT TANAH DIRAMPAS

    2010 – 2014

     

    1. Petaling 114
    2. Klang 135
    3. Gombak 200
    4. Hulu Langat 149
    5. Kuala Langat 29
    6. Sepang 47
    7. Hulu Selangor 39
    8. Kuala Selangor 57
    9. Sabak Bernam 19
    JUMLAH 789
  2. Sila kemukakan senarai lokasi tanah yang telah dirampas mengikut Daerah di Selangor

    Senarai lokasi tanah yang telah dirampas mengikut pecahan daerah di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti di Lampiran A.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.