Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
145) MAMOGRAM SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program ini masih diteruskan dan jika ya, siapakah badan pelaksana kepada program ini?
Ya, Program Mammogram masih lagi diteruskan. Buat masa ini badan pelaksana program ini adalah National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan Majlis Kanser Negara (MAKNA). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang melakukan semakan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan kepada peserta-peserta Mammogram.
Antara penambahbaikan Skim Kesihatan Wanita (Mammogram) adalah bagi menambahbaik perkhidmatan serta penambahan lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka bagi pemeriksaan saringan percuma kanser payudara agar lebih ramai wanita dapat manfaat daripada program ini.
-
Sila nyatakan berapa ramaikah wanita yang telah menyertai program ini dari Sept 2014 - Mac 2015?
Sepanjang September 2014 hingga Mac 2015 seramai 495 orang wanita telah menerima manfaat dalam program Mammogram ini. Berikut adalah pecahan penerima manfaat mengikut kaum :-
KAUM PENERIMA MANFAAT (ORANG)
Melayu 223 Cina 228 India 44 Lain-lain 0 Jumlah 495 -
Berapakah jumlah wanita yang disasarkan untuk menyertai program ini secara tahunan?
Seramai 11,000 wanita disasarkan setiap tahun untuk menerima manfaat Mammogram ini dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun. Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) adalah wakil kepada Kerajaan Negeri sebagai pengendali program Mammogram ini.