Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
129) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan program dan promosi pelancongan sempena TMS 2015 ?
Tourism Selangor menganjurkan acara-acara pelancongan sempena dengan Tahun Melawat Selangor 2015 (TMS 2015) yang mempunyai eleman eko pelancongan, sukan pelancongan, warisan pelancongan, islamik pelancongan, pendidikan pelancongan dan lain-lain.
Acara-acara pelancongan yang dijalankan terbahagi kepada 3 kategori iaitu 9 Acara Utama, 5 Acara Sampingan dan 6 Acara PBT.
Acara-acara pelancongan yang dianjurkan sempena TMS 2015 adalah seperti berikut :
Acara Utama
Bil Program Tarikh Tempat 1. Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 Sambutan Meet & Greet Tahun Melawat Selangor 2015
29 Jan – 2 Feb 2015 14 Feb 2015
Dataran SACC Mall, Shah Alam KLIA, Sepang
2. Malaysia Women Marathon 2015 6 – 8 Mac 2015 Dataran Kemerdekaan Shah Alam 3. Selangor Islamic Fest 30 – 31 Mei 2015 Stadium Malawati Shah Alam 4. Selangor Food Fest 2015 5 – 7 Jun 2015 Dataran Kemerdekaan, Shah Alam 5. Festival Orang Asal 2015 22 – 23 Ogos 2015 Taman Botani Negara Shah Alam 6. The 7th International Jetski Championship 2015 29 – 30 Ogos 2015 Tasik Biru Kundang, Rawang Bil Program Tarikh Tempat 7. Festival Bon Odori 2015 5 Sept 2015 Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21, Shah Alam 8. Selangor Chief Minister Award 2015 11 Nov 2015 Hotel Dorsett Grand, Subang 9. Raja Muda Regatta 2015 11 – 22 Nov 2015 Pelabuhan Indah, Pelabuhan Klang Acara Sampingan
Bil Program Tarikh Tempat 1. Selangor Chocolate Fair 24 – 26 April 2015 Tropicana City Mall, Petaling Jaya 2. Pesta Tanglung 19 Sept 2015 Petaling Jaya 3. Let’s Travel Treasure Hunt on Wheels 2015 19 – 21 Sept 2015 Sekitar Selangor 4. Selangor Golf Master 2015 18 – 21 Sept 2015 Kelab Golf Sri Selangor 5. Kuala Lumpur Photography Festival 2015 (KLPF 2015) 9 – 11 Okt 2015 Exhibition Hall, Mid Valley Acara PBT
Bil Program Tarikh Tempat 1. Wings of KKB 2015 – Selangor Bird Race 24 – 26 April 2015 Kuala Kubu Bharu – Genting Highlands 2. PJ Street Art Festival 2015 9 – 10 Mei 2015 Petaling Jaya 3. Jugra International Accuracy Championship 2015 29 – 31 Mei 2015 Bukit Jugra 4. Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2015 29 Mei – 1 Jun 2015 Stadium Kajang 5. Pesta Bendang 13 – 14 Jun 2015 Sabak Bernam 6. The 7th MBPJ Inline Hockey Tournament Selangor 29 – 30 Ogos 2015 Arena MBPJ, Petaling Jaya -
Sila senaraikan 20 destinasi pelancongan yang sangat digemari pelancong domestik dan luar ?
Tempat Tarikan Pelancong domestik dan luar Negara mengikut Daerah Negeri Selangor
PETALING 1) Sunway Lagoon 2) I-City, Shah Alam HULU LANGAT 3) Chongkak Park & Resort 4) Sungai Tekala Waterfalls KLANG 5) Masjid Diraja Sultan Sulaiman 6) Istana Alam Shah GOMBAK 7) Batu caves 8) Zoo Negara 9) Hutan Lipur Kanching 10) FRIM SABAK BERNAM 11) Sekinchan 12) Sungai Haji Dorani Homestay SEPANG 13) Sepang International Circurt 14) Avani Sepang Goldcoast KUALA LANGAT 15) Paya Indah Wetlands 16) Dong Zen Temple KUALA SELANGOR 17) Bukit Malawati 18) Kg. Kuantan (Kelip-Kelip) HULU SELANGOR 19) Strawberry Leisure Farm 20) Kolam Air Panas Hulu Tamu -
Sila nyatakan apakah bantuan yang bakal disalurkan oleh KNS bagi mempromosi Sekinchan sebagai destinasi eco-tourism yang baru?
Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor tiada sebarang perancangan khusus untuk pembangunan produk pelancongan di Sekinchan.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan membantu semua produk pelancongan di Sekinchan yang bersedia dan berpotensi untuk dipromosikan sama ada di dalam dan juga luar negara. Namun bantuan yang diberikan ialah usaha-usaha mempromosikan sesuatu produk melalui beberapa kaedah. Antaranya :
- Penerbitan Selangor Breakaway ( Bahan Bercetak )
- Promosi melalui laman sesawang Tourism Selangor
- Promosi melalui Media Sosial
- Promosi melalui Aplikasi Telefon Pintar
- Penerbitan Selangor Fun Map
- Siri Promosi Pelancongan dan luar negara
- Melalui Fam Tour Media Agensi Pelancongan Luar Negara