Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
118) PENYELIDIKAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah hasil penyelidikan ke atas seni bina masjid-masjid lama dan rumah tradisional di Selangor?
PADAT telah melaksanakan penyelidikan ke atas seni bina masjid-masjid lama di Selangor. Masjid-masjid lama yang telah dilaksanakan penyelidikan adalah sebanyak 56 buah yang meliputi kesemua daerah di negeri Selangor.
Penyelidikan ini telah dibukukan kan dan diterbitkan oleh PADAT. Buku tersebut bertajuk “Warisan Masjid-Masjid Lama di Selangor” yang diterbitkan pada tahun 2012.
Bagi penyelidikan rumah-rumah tradisional pula PADAT telah melaksanakan penyelidikan bagi setiap daerah di negeri Selangor. Bagi tujuan tersebut penyelidikan ini dalam proses penerbitan dalam bentuk buku.
-
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk memulihara dan mempromosikan seni bina tersebut?
Bagi tujuan pemuliharaan PADAT telah berjaya untuk memulihara Rumah Bugis di Kuala Selangor yang berusia hampir 100 tahun. Kerja-kerja menyelamatkan rumah ini adalah mengikut proses-proses dan standard konservasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Bagi masjid-masjid lama sebahagian masjid telah diwartakan.
Rumah tradisional Bugis ini setelah di konservasi akan dipindahkan dan ditempatkan di Shah Alam. PADAT mempunyai keyakinan dengan kesenian senibina tradisional dan keunikan rumah Bugis ini akan dapat menarik perhatian pengunjung yang mengunjungi muzium. Iaitu di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam masyarakat akan dapat melihat keindahan dan keunikan kesenian dan senibina zaman lampau. Rumah tradisional Bugis ini dapat dianggap sebagai salah satu produk pelancongan bukan sahaja bagi Selangor bahkan untuk Malaysia kerana sehingga ke hari ini belum ada lagi kerja-kerja pemuliharaan bagi rumah Bugis di Malaysia dan Selangor telah memulakan usaha-usaha ini. (kenyataan ini diperolehi daripada Dr. Muhammad Pauzi, Pengarah Muzium Warisan Melayu)