Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

108) KEJIRANAN HIJAU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah aspek-aspek yang ditekankan dalam kejiranan hijau dalam konteks Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor telah menerimapakai dan melaksanakan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia.

    Daripada 49 tindakan yang di nyatakan di dalam Garis Panduan Kejiranan Hijau tersebut, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menggariskan 5 inisiatif kejiranan hijau yang diberikan keutamaan selaras dengan Pekeliling Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2014 iaitu :

    1. Penyediaan laluan basikal ;
    2. Penyediaan Laluan Pejalan Kaki ;
    3. Pembangunan Kebun Kejiranan ;
    4. Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) ;
    5. Program pengkomposan sisa

     

  2. Senaraikan PBT yang telah melaksanakan kejiranan hijau dalam perancagan tempatan.

    Semua PBT di Negeri Selangor sedang melaksanakan kejiranan hijau dalam perancangan tempatan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai satu sasaran untuk melaksanakannya?

    Kerajaan Negeri menyasarkan semua PBT Negeri Selangor melaksanakan semua elemen kejiranan hijau yang dinyatakan di atas. Pelaksanaan elemen tersebut adalah mengikut kemampuan dan keupayaan bagi setiap PBT. Hal ini kerana, kos yang diperlukan bagi pelaksanaan elemen kejiranan hijau ini memerlukan kos yang amat besar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.